Wednesday, March 28, 2007

Diri Kita Amanah Allah

Kita mestilah bertanggungjawab terhadap diri kita. Allah telah jadikan diri kita ini terlalu sempurna. Ciptaan Allah ini sangat sempurna. Sebagai hamba Allah kita bertanggungjawab untuk menjaga diri kita. Menjaga diri kita di sini bermaksud menjaga kesihatan diri kita ini. Kita tidak boleh mengabaikan tanggungjawab kita ini.

Dengan kesihatan yang baik, barulah kita boleh beribadat dengan sempurna kepada Allah. Allah sangat suka kepada benda yang cantik. Untuk itu, kita perlulah sentiasa kemas dan cantik. Kecantikan diri kita juga perlu dijaga. Kecantikan di sini perlulah berlandaskan kepada cara yang Allah izinkan.


Dalam memastikan kita sentiasa menjaga diri kita ini, perlulah kita sentiasa belajar tentang kesihatan dari semasa ke semasa. Aku bukannya pandai sangat bab-bab agama ni. Tapi sekadar menulis apa yang aku tahu. Sekiranya tak betul, tolong tegur.

Ni ada gambar yang adik aku tangkap tahun lepas. Gambar ni gambar bunga api yang sepupu-sepupu aku main. Sebenarnya ni salah satu teknik mengambil gambar. Aku bukannya tahu sangat. rupa-rupanya dalam seni fotografi ni pun ada banyak ilmu yang boleh diterokai. Sebab tulah ada fotografi profesional dan ada yang amatur. Bila tengok function2 kamera ni, pening kepala dibuatnya.

Apa yang paling penting di sini aku nak tekankan yang ilmu Allah itu luas. Banyak yang boleh dipelajari. Jangan malas nak belajar sebab belajar tugas sepanjang hayat. Bila kita banyak belajar, otak kita aktif dan ini akan membuatkan badan kita sihat.


Diri Kita Tanggungjawab Kita

http://www.badanlangsing.com

Dapatkan herba-herba untuk kesihatan wanita dan lelaki di sini

0 comments:

 
Ini merupakan blog persendirian BadanLangsing.com - Segala penulisan berdasarkan pengalaman, pemerhatian, pembacaan dan pandangan peribadi penulis. Sila layari web BadanLangsing.com untuk mendapatkan produk-produk kecantikan dan kesihatan.

©2007-2009 Blog BadanLangsing.com | BadanLangsing.com