Monday, March 26, 2007

Perkembangan Bayi

Sebagai seorang ibu, fied memang terlalu ambil berat terhadap perkembangan anak. Setiap perkembangan memang sentiasa diperhatikan. Setiap perkembangan juga dirasakan seperti satu kejayaan. fied akan selalu membandingkan perkembangan anak dengan jadual perkembangan yang diberikan oleh doktor. fied rasa bersyukur kerana perkembangan anak fied berada dalam julat perkembangan yang diberikan oleh doktor. Walau bagaimanapun, fied ingin tekankan di sini yang setiap perkembangan kanak-kanak adalah berbeza antara satu sama lain.

Apabila perkembangan anak kita berada di luar julat perkembangan normal, kita perlulah mendapatkan nasihat doktor. Tidak semestinya apabila perkembangan anak kita cepat atau lambat menunjukkan anak kita bermasalah. Sebab itu kita perlu sentiasa dapatkan nasihat doktor. Kita sebagai ibu juga perlu sentiasa dapatkan maklumat tentang penjagaan anak ini dari semasa ke semasa.

Kat sini fied letak gambar anak fied. Anak fied yang pakai baju belang tu. Yang pakai baju merah tu adik sepupu fied. Kalau nak bezakan kedua-dua budak kecil ni memang laaa berbeza. Sebab tu fied rasa penjagaan anak-anak ini adalah satu seni.

Kita sebagai ibu perlu sentiasa menjaga kesihatan kita agar kita dapat memastikan keluarga kita sentiasa mengamalkan pemakanan dan amalan kesihatan yang sihat.


Diri Kita Tanggungjawab Kita

http://www.badanlangsing.com

Dapatkan herba-herba untuk kesihatan wanita dan lelaki di sini

0 comments:

 
Ini merupakan blog persendirian BadanLangsing.com - Segala penulisan berdasarkan pengalaman, pemerhatian, pembacaan dan pandangan peribadi penulis. Sila layari web BadanLangsing.com untuk mendapatkan produk-produk kecantikan dan kesihatan.

©2007-2009 Blog BadanLangsing.com | BadanLangsing.com