Friday, March 9, 2007

Kembara Ke Cameron Highland

Masa cuti panjang Chinese New Year hari tu fied dengan famili bercuti di Cameron Highland. Sekali sekala nak release tension. Kitorang naik ke Tanah Rata ikut Tapah. Jalan ke Cameron Highland ni memang terkenal dengan bengkang bengkoknya. Memang bahaya jalan tu. Tak boleh bawak laju pun. Sebab jalan pun sempit.

Tapi dalam keadaan berjaga-jaga tu ada juga la satu kereta ni nak cepat sangat. Die overtake kereta kitorang lepas tu macam nak himpit kitorang ke tepi. Terkejut beruk dibuatnya. Memandangkan hubby fied dah naik marah, kenalah fied cool tenangkan die. Kitorang bertolak dari Tapah lebih kurang pukul 5.30 petang lepas kitorang sembahyang Asar.

Lebih kurang sejam lebih perjalanan, kami sampai di tempat penginapan kami. Lepas kitorang sembahyang Maghrib, kitorang pun pergilah keluar makan malam. Kitorang try laa cari kedai makan dekat Tanah Rata juga. Ada satu kawasan gerai jual makanan kat situ tapi punyalah ramai orang. Kitorang pun try cari tempat nak duduk. Lepas dah dapat tempat, nak oder makanan la. Pelayan tu cakap lambat sikit sebab ramai customer. Die suggest kitorang makan kat satu foodcourt sebelah gerai tu jugak.

Sebab perut memang dah lapar gile, kitorang pun minta laaa pelayan tu tunjuk kat kitorang mana tempatnya. Owner gerai tadi tu bagitau kitorang yang kedai makan dalam food court tu die punya juga. Kitorang ok jerrr janji dapat makan.

Bila makanan sampai jer kitorang pun terus makan. Nak kata sedap gilerr tu tak laa tapi sebab dah lapar, habis semua makanan yang kitorang oder tu. My hubby dengan adik ipar fied asyik gelakkan sup sayur yang diorang makan. Memang laaa sup sayur die macam simple. Tapi mungkin tu cara orang Cameron Highland masak sup sayur.



Cuaca kat Cameron Highland memang sejuk gilerr masa malam. Anak fied sampai biru bibir die. ye laaa kecik lagi, memang tak tahan sejuk. kena laaaa selimutkan die tebal-tebal. Tapi die memang happy. Tu yang seronok tengok tu. Bila famili kita happy, kita pun rasa senang hati. At least boleh laaa release tension skit. Asyik bekerja jerrr.


Diri Kita Tanggungjawab Kita

http://www.badanlangsing.com

0 comments:

 
Ini merupakan blog persendirian BadanLangsing.com - Segala penulisan berdasarkan pengalaman, pemerhatian, pembacaan dan pandangan peribadi penulis. Sila layari web BadanLangsing.com untuk mendapatkan produk-produk kecantikan dan kesihatan.

©2007-2009 Blog BadanLangsing.com | BadanLangsing.com