Sunday, March 25, 2007

Bersenam Atau Bersukan????

Semalam aku pegi main futsal dengan kawan-kawan lama masa kat sekolah dulu. Aku main sekejap jerrr. Bila lepas main tu ada laaaa antara kawan-kawan ni yang ckp takde stamina, semput dan letih. Aku rasa pasal letih, semua orang letih. Tapi pasal fitness atau stamina ni pada aku satu benda yang subjektif gak. Sebab lain orang lain tahap stamina die.

Dah terlanjur aku tulis pasal main futsal ni aku nak share skit info yang aku dapat masa pegi team building salah satu projek kat company aku. Ceramah tu pasal kesihatan. Die cerita pasal kepentingan kesihatan dalam menjayakan projek. Masa tu die tekankan supaya setiap orang bersenam.

Die cakap seminggu 3 kali kene jogging. Ada laa peserta dalam tu cakap yang die tak jogging tapi main badminton atau sport lain lagilah. Doktor tu cakap bersukan dan bersenam tak sama. Walaupun kedua-dua aktiviti mengeluarkan peluh, tapi still tak sama. Die cakap, sepatutnya kita bersenam untuk menyediakan diri kita untuk bersukan. Sebab masa bersukan kadang-kadang kita berehat. Contohnya main bola, bukannya sepanjang-panjang masa tu kita berlari jerrr. Ada masa kita amik angin. Sebab tu doktor tu cakap bersenam dan bersukan tu lain.

Aku sebenarnya setuju dengan doktor tu. Sebab bila kita berjogging, kita tak push sangat diri kita. Kita buat ikut pace kita jerr. Tapi bila bersukan, dengan semangat nak menang kita akan push diri kita. Sebab tu selalunya lepas bersukan kita akan sakit kaki atau sakit belakang. Ini sebab mungkin kita tak biasakan diri bersenam setiap hari atau 3 kali seminggu.









Diri Kita Tanggungjawab Kita

http://www.badanlangsing.com

Dapatkan herba-herba untuk kesihatan wanita dan lelaki di sini

0 comments:

 
Ini merupakan blog persendirian BadanLangsing.com - Segala penulisan berdasarkan pengalaman, pemerhatian, pembacaan dan pandangan peribadi penulis. Sila layari web BadanLangsing.com untuk mendapatkan produk-produk kecantikan dan kesihatan.

©2007-2009 Blog BadanLangsing.com | BadanLangsing.com