Wednesday, March 28, 2007

Udara Lebih Segar Di Kampung

Rasanya dah lama betu tak balik kampung hubby kat Kedah. Kat kampung ni Wan n Tok yang tinggal. Maksu n Pak Su pun duduk kat rumah ni. Kat kampung, udara lebih segar compare dengan udara kat kl ni. kat kl ni rasanya dah banyak sangat asap kereta. tapi bila fied tengok masa balik raya, banyak jugak kereta kat kampung. sekarang ni memang dah banyak kereta.kalau balik kampung masa raya jerrr memang penuhlah kereta kat jalan raya. Sampai kadang-kadang jam laaa highway.

Kat kampung kedah ni dekat dengan sawah padi. Kat sini pun ada banyak dusun. Wan n Tok still uruskan dusun2 ni. Uruskan maksudnya pegi jenguk kebun laaaa. Nak menebas tu sikit-sikit ada kot.

Suasana kat kampung ni pun lain. Tak bising macam kat kl. tu yang tenang jerr tu. Kalau nak release tension balik laa kampung sekali sekala. Bila balik kampung Tok mesti nak masak rebung. Memang fresh rebung-rebung kat sini. fied makan jerrr.

Ni gambar rumah kat kampung kedah. Besar jugak dalamnya. Ambil gambar dari depan rumah jerrr. Ni gambar lama. Ambil gambar ni masa raya tahun lepas rasanya.
Masa raya memang bunyi mercun tak putus-putus laaa. Time tu bukannya lagi aman. Lagi geram adala hehehe.Tapi orang nak beraya takpela.

Diri Kita Tanggungjawab Kita

http://www.badanlangsing.com

Dapatkan herba-herba untuk kesihatan wanita dan lelaki di sini

1 comments:

Anonymous said...

aiii.. mcm penah tgk jek gambor nih?? hehehe...

 
Ini merupakan blog persendirian BadanLangsing.com - Segala penulisan berdasarkan pengalaman, pemerhatian, pembacaan dan pandangan peribadi penulis. Sila layari web BadanLangsing.com untuk mendapatkan produk-produk kecantikan dan kesihatan.

©2007-2009 Blog BadanLangsing.com | BadanLangsing.com