Sunday, April 1, 2007

Apa-apa jelah....

Ni gambar structure Eiffel Tower kat France. Gambar ni hubby fied amik. motif gambar ni memang fied tak tau. main belasah amik jerrr. Ingat balik masa pegi honeymoon ni memang seronok. Sajerr nak attach gambar ni sebab terdengar hubby ada cakap pasal france dengan kawan dia.tu yg cari gambar eiffel tower ni.hihi. Banyak lagi gambar yang kitorang amik tapi lain kali laaa fied attach.

Semalam balik kampung. Tengok atuk kat Ipoh. Dah lama tak jenguk. Bila fied tengok atuk kat kampung jerr, terfikir plak yang one day kita akan tua. Tahap kesihatan pun semakin menurun. Bayangkan kalau dari muda kita tak amal cara hidup yang sihat, dah tua nanti makin teruklah jadinya. Tapi kene ingat juga, walaupun kita jaga kesihatan kita masa muda ni dengan baik tak semestinya masa tua nanti kita tak akan sakit. Sebab kesihatan kita di tangan tuhan juga. Dia yang tentukan segala-galanya. Kita cuma perlu berusaha jerrr.


Blog ni baru jerrr hubby fied tukar die punya skin. fied tak kisah sangat apa-apa skin pun tapi kalau boleh nak laaa nampak macam feminin skit.Hihi. Tapi dah die yang rajin nak menggodek blog ni fied biar jerr lah.dah die suka.belasah je laa.


Diri Kita Tanggungjawab Kita

http://www.badanlangsing.com

Dapatkan herba-herba untuk kesihatan wanita dan lelaki di sini

0 comments:

 
Ini merupakan blog persendirian BadanLangsing.com - Segala penulisan berdasarkan pengalaman, pemerhatian, pembacaan dan pandangan peribadi penulis. Sila layari web BadanLangsing.com untuk mendapatkan produk-produk kecantikan dan kesihatan.

©2007-2009 Blog BadanLangsing.com | BadanLangsing.com