Monday, March 26, 2007

Mabuk Laut

Hari ni aku nak kongsi pasal mabuk laut. Orang putih kata "sea sickness". Mabuk laut ni boleh berlaku ke atas setiap orang. Tapi tahap mabuk setiap orang ni berbeza. Ada orang yang boleh tahan dan ada yang tak boleh tahan. Mabuk laut ni berlaku bila kita naik kapal, bot atau sampan.



Aku secara jujurnya mengaku yang aku memang dalam kategori tak tahan dengan mabuk laut ni. Aku pernah naik kapal dan muntah sampai muntah hijau. Perghh...sakit gile time tu. Tapi tu la realiti yang terpaksa aku terima. Aku tak tahan naik bot atau kapal.

Tapi kat sini aku tulis jelaa petua-petua yang orang kongsi dengan aku untuk kurang atau elakkan mabuk laut bila naik kapal.

1.Ikat perut-kaedah ini katanya dapat mengelakkan angin masuk perut

2. Bau Limau-Bila atas kapal, ambil kulit limau sunkist dan ambil baunya

3. Jangan tengok laut, tengok darat seboleh-bolehnya atau tengok objek yang tidak bergerak.

4. Ambil udara segar jangan berkurung di dalam bilik

Itu antara petua-petua yang diorang dah bagi kat aku laaa. Tapi aku still muntah atau mabuk. Kalau aku kene naik kapal, aku akan makan ubat mabuk. Tapi still laa muntah. Kadang-kadang ada ubat mabuk yang bagi mengantuk. Bila bangun jerrr sakit kepala.

Ikut cakap doktor, mabuk laut ni disebabkan oleh ketidakseimbangan telinga kita. Telinga kita ini berfungsi untuk menyeimbangkan badan kita. Aku pun tak berapa faham sangat. Tapiyang penting aku memang tak tahan. Kalau kene naik kapal, aku bantai tidor jerrr.Hehehe



Diri Kita Tanggungjawab Kita

http://www.badanlangsing.com

Dapatkan herba-herba untuk kesihatan wanita dan lelaki di sini

0 comments:

 
Ini merupakan blog persendirian BadanLangsing.com - Segala penulisan berdasarkan pengalaman, pemerhatian, pembacaan dan pandangan peribadi penulis. Sila layari web BadanLangsing.com untuk mendapatkan produk-produk kecantikan dan kesihatan.

©2007-2009 Blog BadanLangsing.com | BadanLangsing.com