Tuesday, April 3, 2007

Jadi "Perak" Di London

Bila pegi negeri orang ni semua benda rasa menarik. Padahal kalau benda tu ada kat negara kita buat tak heran jerrr. Ni saje jer nak tulih pasal trip pegi london haritu. Bila dah keluar duit nak pegi negara orang ni, rasa rugi jerr kalau lepak dalam hotel. Bila sampai hotel jerrr terus keluar jalan-jalan. Masa jalan tu bukannya ada arah tuju pun. Tu yang salah. Bila dah jalan dalam 45 minit, kitorang cari peta london dan cari tempat-tempat menarik yang kitorang dah survey kat internet masa kat Malaysia. Kitorang plan dalam 15 minit lepas tu teruskan perjalanan. Bila dah plan, baru rasa macam setiap langkah yang kitorang buat bermakna.
Tapi tulah bila mula-mula sampai negara orang ni memang jadi "perak" laaa sekejap. "Perak" ni bahasa orang Kedah. Pronounce die "Pe"-Bunyi macam ejaan perang. "Rak"-Bunyi macam ejaan Kerak. "Perak" ni maksudnya macam hairan bebenarlaaa.

Bila kat Malaysia kadang-kadang kita tengok orang ambil gambar kat signboard iklan, kat tiang lampu, kat sebelah basikal dan macam-macam lagilah. Tapi bila kat negeri orang ni jadi sama laaa macam diorang. Gambar dekat kerusi pun jadilah. hahahaha. Tapi yang paling penting, pengalaman dan knowledge yang kitorang dapat dekat negara orang ni. Culture diorang memang laaa tak sempat nak studi habis. Tapi boleh agak laaa diorang punya lifestyle tu macam mana.

Yang siot nya bila kat london ni, bila nampak orang Malaysia jerr rasa macam best. Boleh plak nak angkat-angkat tangan. Padahal kalau kat Malaysia buat bodo jerr. Tapi ok laaa at least takdelah diorang sombong. Kitorang kat sana memang belajar sendiri-sendiri jerrr. Main belasah. Kalau tak tahu tanya orang kat situ. Dah nama pun pelancong.

Sebab seronok berjalan, tak sedar yang kitorang dah berjalan lama gilerr. Bila balik bilik jerr baru rasa letih gilerrr. Tapi rasa puas hati gilerr lah. Nantilah kalau aku teringin nak cerita lagi trip pegi london ni. Buat masa ni itu jela dulu kot.




Gambar toilet kat London pun aku ambik. Bukannya best sangat toilet ni. Tapi konsep die yang buat aku rasa macam bagus. Tapi kat dalam tu aku tak tau laaa bersih kerr kotor.

Gambar fire engine pun selamba aku ambik. hehehe



Diri Kita Tanggungjawab Kita

http://www.badanlangsing.com

Dapatkan herba-herba untuk kesihatan wanita dan lelaki di sini

0 comments:

 
Ini merupakan blog persendirian BadanLangsing.com - Segala penulisan berdasarkan pengalaman, pemerhatian, pembacaan dan pandangan peribadi penulis. Sila layari web BadanLangsing.com untuk mendapatkan produk-produk kecantikan dan kesihatan.

©2007-2009 Blog BadanLangsing.com | BadanLangsing.com