Sepanjang duduk hotel tu takdelah servis die yang teruk kerr ape. Semua ok. Tu yang penting. Tapi masa duduk kat hotel ni ada laaa terbunyi siren kat dalam bilik hotel kitorang. Puncanya sebab aktiviti mandi yang aku buat hahahaha. Terbawak-bawak dengan budaya Melayu di Malaysia, mandi nak kene sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Masa mandi kat London ni memang laaa mandi pakai air panas. Fuhhh, aku memang suka gileer mandi air panas ni. Lama laaa mandi. Bila aku habis mandi terus laaa keluar n buka pintu. Bila buka jerrr pintu, aku dengar ada bunyi siren. Tapi tak kuat sangat laaa bunyi tu. Dah lama sikit baru habis bunyi tu. Rupa-rupanya, wap air yang terkumpul dalam bilik air masa aku madi tadi yang puncanya. Bila aku buka jerr pintu bilik air tu, wap tadi mungkin dikesan oleh detector tu dan siren bunyi. Aku ingat ada orang akan datang bilik laaaa nak tanya apa-apa. Sampai aku dah siap pakai baju n sembahyang pun still takde orang datang tanya. Hmmm memang dah biasa jadi laaaa ni (kata aku dalam hati...Hhehehe).
Pada aku bila nak pegi melancong ni tak kisah sangat laaa pasal bilik hotel. Sebab bilik ni untuk tidur jerrr. Tapi tu dulu masa takde anak lagi. Bila dah ada anak ni kene fikir jugak sama ada bilik yang kita sewa tu selesa untuk semua ahli famili. Aku memang takdelah tau sangat pasal hotel-hotel kat london ni. Takde hotel yang aku boleh recommend pun. Mungkin ada yang lebih murah dan berpatutan. Hehehe
Tangga nak pergi ke bilik kitorang. Kalau berselisih pun mesti langgar bahu punya ni.
Diri Kita Tanggungjawab Kita
http://www.badanlangsing.com
Dapatkan herba-herba untuk kesihatan wanita dan lelaki di sini
2 comments:
awat xbubuh shout box?? sila lawat blog saya utk melihat link blog anda... huhuhu.... badan kita tanggungjawab kita... hidup slimming suit!! :p
People should read this.
Post a Comment