Wednesday, March 28, 2007

Diri Kita Amanah Allah

Kita mestilah bertanggungjawab terhadap diri kita. Allah telah jadikan diri kita ini terlalu sempurna. Ciptaan Allah ini sangat sempurna. Sebagai hamba Allah kita bertanggungjawab untuk menjaga diri kita. Menjaga diri kita di sini bermaksud menjaga kesihatan diri kita ini. Kita tidak boleh mengabaikan tanggungjawab kita ini.

Dengan kesihatan yang baik, barulah kita boleh beribadat dengan sempurna kepada Allah. Allah sangat suka kepada benda yang cantik. Untuk itu, kita perlulah sentiasa kemas dan cantik. Kecantikan diri kita juga perlu dijaga. Kecantikan di sini perlulah berlandaskan kepada cara yang Allah izinkan.


Dalam memastikan kita sentiasa menjaga diri kita ini, perlulah kita sentiasa belajar tentang kesihatan dari semasa ke semasa. Aku bukannya pandai sangat bab-bab agama ni. Tapi sekadar menulis apa yang aku tahu. Sekiranya tak betul, tolong tegur.

Ni ada gambar yang adik aku tangkap tahun lepas. Gambar ni gambar bunga api yang sepupu-sepupu aku main. Sebenarnya ni salah satu teknik mengambil gambar. Aku bukannya tahu sangat. rupa-rupanya dalam seni fotografi ni pun ada banyak ilmu yang boleh diterokai. Sebab tulah ada fotografi profesional dan ada yang amatur. Bila tengok function2 kamera ni, pening kepala dibuatnya.

Apa yang paling penting di sini aku nak tekankan yang ilmu Allah itu luas. Banyak yang boleh dipelajari. Jangan malas nak belajar sebab belajar tugas sepanjang hayat. Bila kita banyak belajar, otak kita aktif dan ini akan membuatkan badan kita sihat.


Diri Kita Tanggungjawab Kita

http://www.badanlangsing.com

Dapatkan herba-herba untuk kesihatan wanita dan lelaki di sini

[ ... ]

Udara Lebih Segar Di Kampung

Rasanya dah lama betu tak balik kampung hubby kat Kedah. Kat kampung ni Wan n Tok yang tinggal. Maksu n Pak Su pun duduk kat rumah ni. Kat kampung, udara lebih segar compare dengan udara kat kl ni. kat kl ni rasanya dah banyak sangat asap kereta. tapi bila fied tengok masa balik raya, banyak jugak kereta kat kampung. sekarang ni memang dah banyak kereta.kalau balik kampung masa raya jerrr memang penuhlah kereta kat jalan raya. Sampai kadang-kadang jam laaa highway.

Kat kampung kedah ni dekat dengan sawah padi. Kat sini pun ada banyak dusun. Wan n Tok still uruskan dusun2 ni. Uruskan maksudnya pegi jenguk kebun laaaa. Nak menebas tu sikit-sikit ada kot.

Suasana kat kampung ni pun lain. Tak bising macam kat kl. tu yang tenang jerr tu. Kalau nak release tension balik laa kampung sekali sekala. Bila balik kampung Tok mesti nak masak rebung. Memang fresh rebung-rebung kat sini. fied makan jerrr.

Ni gambar rumah kat kampung kedah. Besar jugak dalamnya. Ambil gambar dari depan rumah jerrr. Ni gambar lama. Ambil gambar ni masa raya tahun lepas rasanya.
Masa raya memang bunyi mercun tak putus-putus laaa. Time tu bukannya lagi aman. Lagi geram adala hehehe.Tapi orang nak beraya takpela.

Diri Kita Tanggungjawab Kita

http://www.badanlangsing.com

Dapatkan herba-herba untuk kesihatan wanita dan lelaki di sini

[ ... ]

Monday, March 26, 2007

Mabuk Laut

Hari ni aku nak kongsi pasal mabuk laut. Orang putih kata "sea sickness". Mabuk laut ni boleh berlaku ke atas setiap orang. Tapi tahap mabuk setiap orang ni berbeza. Ada orang yang boleh tahan dan ada yang tak boleh tahan. Mabuk laut ni berlaku bila kita naik kapal, bot atau sampan.



Aku secara jujurnya mengaku yang aku memang dalam kategori tak tahan dengan mabuk laut ni. Aku pernah naik kapal dan muntah sampai muntah hijau. Perghh...sakit gile time tu. Tapi tu la realiti yang terpaksa aku terima. Aku tak tahan naik bot atau kapal.

Tapi kat sini aku tulis jelaa petua-petua yang orang kongsi dengan aku untuk kurang atau elakkan mabuk laut bila naik kapal.

1.Ikat perut-kaedah ini katanya dapat mengelakkan angin masuk perut

2. Bau Limau-Bila atas kapal, ambil kulit limau sunkist dan ambil baunya

3. Jangan tengok laut, tengok darat seboleh-bolehnya atau tengok objek yang tidak bergerak.

4. Ambil udara segar jangan berkurung di dalam bilik

Itu antara petua-petua yang diorang dah bagi kat aku laaa. Tapi aku still muntah atau mabuk. Kalau aku kene naik kapal, aku akan makan ubat mabuk. Tapi still laa muntah. Kadang-kadang ada ubat mabuk yang bagi mengantuk. Bila bangun jerrr sakit kepala.

Ikut cakap doktor, mabuk laut ni disebabkan oleh ketidakseimbangan telinga kita. Telinga kita ini berfungsi untuk menyeimbangkan badan kita. Aku pun tak berapa faham sangat. Tapiyang penting aku memang tak tahan. Kalau kene naik kapal, aku bantai tidor jerrr.Hehehe



Diri Kita Tanggungjawab Kita

http://www.badanlangsing.com

Dapatkan herba-herba untuk kesihatan wanita dan lelaki di sini
[ ... ]

Perkembangan Bayi

Sebagai seorang ibu, fied memang terlalu ambil berat terhadap perkembangan anak. Setiap perkembangan memang sentiasa diperhatikan. Setiap perkembangan juga dirasakan seperti satu kejayaan. fied akan selalu membandingkan perkembangan anak dengan jadual perkembangan yang diberikan oleh doktor. fied rasa bersyukur kerana perkembangan anak fied berada dalam julat perkembangan yang diberikan oleh doktor. Walau bagaimanapun, fied ingin tekankan di sini yang setiap perkembangan kanak-kanak adalah berbeza antara satu sama lain.

Apabila perkembangan anak kita berada di luar julat perkembangan normal, kita perlulah mendapatkan nasihat doktor. Tidak semestinya apabila perkembangan anak kita cepat atau lambat menunjukkan anak kita bermasalah. Sebab itu kita perlu sentiasa dapatkan nasihat doktor. Kita sebagai ibu juga perlu sentiasa dapatkan maklumat tentang penjagaan anak ini dari semasa ke semasa.

Kat sini fied letak gambar anak fied. Anak fied yang pakai baju belang tu. Yang pakai baju merah tu adik sepupu fied. Kalau nak bezakan kedua-dua budak kecil ni memang laaa berbeza. Sebab tu fied rasa penjagaan anak-anak ini adalah satu seni.

Kita sebagai ibu perlu sentiasa menjaga kesihatan kita agar kita dapat memastikan keluarga kita sentiasa mengamalkan pemakanan dan amalan kesihatan yang sihat.


Diri Kita Tanggungjawab Kita

http://www.badanlangsing.com

Dapatkan herba-herba untuk kesihatan wanita dan lelaki di sini
[ ... ]

Sunday, March 25, 2007

Belajar Tetap Kene Belajar

Sajer laaa membelek gambar-gambar masa honeymoon dulu.fied nampak laaa gambar plan tube kat london.Plan tube ni act fied dah dapat before pegi london lagi. Tapi masa tu tak tau lagilaa kepentingan plan ni.Bila dah sampai london, memang kitorang bergantung kat plan ni. Nak hafal memang tak sempat. Berapa hari jerrr honeymoon kitorang.


Masa awal-awal biasa laaa ada jugak buat silap.Tapi bila dah setengah hari asyik naik tube ni jerr,dapat laaa kitorang tahu cara yang ideal pakai tube ni. Rasa seronok bila kitorang dah faham konsep naik tube di london ni. Siap orang luar pun tanya kitorang cara nak naik tube. Hihihi

Rasa macam nak pergi london lagi jerr.Kalau dah ada budget mungkin boleh pergi lagi kot.Nak kene pujuk hubby laaaa.Hihi
Sebenarnya fied rasa kita ni kene sentiasa belajar dari semasa ke semasa untuk memajukan diri kita.Dalam hal kesihatan dan kecantikan kita perlulah sentiasa belajar atau dapatkan tip-tip yang baru untuk memastikan diri kita sentiasa sihat dan cantik.



Diri Kita Tanggungjawab Kita

http://www.badanlangsing.com

Dapatkan herba-herba untuk kesihatan wanita dan lelaki di sini
[ ... ]

Bersenam Atau Bersukan????

Semalam aku pegi main futsal dengan kawan-kawan lama masa kat sekolah dulu. Aku main sekejap jerrr. Bila lepas main tu ada laaaa antara kawan-kawan ni yang ckp takde stamina, semput dan letih. Aku rasa pasal letih, semua orang letih. Tapi pasal fitness atau stamina ni pada aku satu benda yang subjektif gak. Sebab lain orang lain tahap stamina die.

Dah terlanjur aku tulis pasal main futsal ni aku nak share skit info yang aku dapat masa pegi team building salah satu projek kat company aku. Ceramah tu pasal kesihatan. Die cerita pasal kepentingan kesihatan dalam menjayakan projek. Masa tu die tekankan supaya setiap orang bersenam.

Die cakap seminggu 3 kali kene jogging. Ada laa peserta dalam tu cakap yang die tak jogging tapi main badminton atau sport lain lagilah. Doktor tu cakap bersukan dan bersenam tak sama. Walaupun kedua-dua aktiviti mengeluarkan peluh, tapi still tak sama. Die cakap, sepatutnya kita bersenam untuk menyediakan diri kita untuk bersukan. Sebab masa bersukan kadang-kadang kita berehat. Contohnya main bola, bukannya sepanjang-panjang masa tu kita berlari jerrr. Ada masa kita amik angin. Sebab tu doktor tu cakap bersenam dan bersukan tu lain.

Aku sebenarnya setuju dengan doktor tu. Sebab bila kita berjogging, kita tak push sangat diri kita. Kita buat ikut pace kita jerr. Tapi bila bersukan, dengan semangat nak menang kita akan push diri kita. Sebab tu selalunya lepas bersukan kita akan sakit kaki atau sakit belakang. Ini sebab mungkin kita tak biasakan diri bersenam setiap hari atau 3 kali seminggu.









Diri Kita Tanggungjawab Kita

http://www.badanlangsing.com

Dapatkan herba-herba untuk kesihatan wanita dan lelaki di sini
[ ... ]

Makan Luar Atau Masak Sendiri

Selalu jugak kawan-kawan tanya sama ada fied masak atau beli jerr kat kedai. Act fied nak kata suka masak tu takdelah. Tapi fied rasa makan kat rumah lebih baik. Makan kat luar ni patutnya sekali sekala ok. Tapi boleh dikatakan dalam seminggu, mesti ada juga yang makan luar. Makan luar ni selalunya sebab malas masak atau kadang-kadang dah alang-alang keluar rumah pegi mana2, makan jerr kat luar. Makan kat luar ni bukan tak bagus, tapi kadang-kadang bila kita dah plan diet kita bila datang makanan sedap semua nak makan. Itu yang kadang-kadang terbantut diet plan kita tu.

Bila makan kat rumah, kita yang plan nak makan banyak kerr nak makan sikit kerr kita yang tentukan. Ingredient dalam masakan pun kita yang tentukan. Macam hubby fied pun suka makan kat rumah sebab die rasa selesa.


Sama-sama kita jaga diet kita.





Diri Kita Tanggungjawab Kita

http://www.badanlangsing.com

Dapatkan herba-herba untuk kesihatan wanita dan lelaki di sini
[ ... ]

Thursday, March 22, 2007

Makanan Segar

Fied masih ingat lagi masa pergi Cameron Highland haritu, kebanyakan sayur-sayur dekat situ semuanya segar. Rasa macam nak borong jerr semua sayur kat situ. Dalam pemakanan seharian kita, banyakkan makan sayur-sayuran yang segar. Ini sungguh baik untuk kesihatan dan diet kita.
Kalau masak sayur tu, seboleh-bolehnya jangan terlalu lama. Jika tidak, segala khasiat di dalam sayur tersebut akan hilang. Lebih baik kita hidangkan sayur-sayuran ini dalam bentuk salad. Letak mayonis skit supaya anak-anak atau kanak-kanak kecil juga suka akan sayur-sayuran segar.



Diri Kita Tanggungjawab Kita

http://www.badanlangsing.com

Dapatkan herba-herba untuk kesihatan wanita dan lelaki di sini
[ ... ]
 
Ini merupakan blog persendirian BadanLangsing.com - Segala penulisan berdasarkan pengalaman, pemerhatian, pembacaan dan pandangan peribadi penulis. Sila layari web BadanLangsing.com untuk mendapatkan produk-produk kecantikan dan kesihatan.

©2007-2009 Blog BadanLangsing.com | BadanLangsing.com