Bulan Ramadhan jatuh pada 22 Ogos 2009 iaitu pada hari Sabtu ini. Fied ingin mengucapkan Selamat Meraikan Bulan Ramadhan yang mulia ini. Bagi yang ingin menurunkan berat badan atau ingin membentuk tubuh dengan lebih cantik, ambil kesempatan bulan Ramadhan yang mulia ini untuk mencapai matlamat tersebut.
Pada kali ini, Fied ingin berkongsi beberapa tips dengan anda dalam menjalani ibadah puasa dalam bulan Ramadhan ini.
1) Kurangkan pengambilan garam ketika sahur – Ini dapat mengurangkan rasa haus sepanjang hari
2) Kurangkan pengambilan makanan yang pedas ketika sahur – Untuk mengelak rasa haus pada siang hari
3) Kurangkan makanan berlemak ketika sahur
4) Banyakkan memakan makanan yang mengandungi kandungan fiber yang tinggi (barli, gandum, oat) dan juga sayur-sayuran – Ini dapat menahan tubuh anda sehingga waktu berbuka puasa
5) Sekiranya anda sudah mengambil vitamin tambahan, jangan hentikan. Teruskan mengambil sumber makanan tambahan ini. Sekiranya anda tidak mengambil sebarang vitamin, cuba amalkan memakan kurma. Kurma dapat membekalkan nutrient yang penting dan ia juga baik untuk kesihatan badan
6) Banyakkan meminum air ketika sahur dan berbuka. Ini untuk mengembalikan air yang hilang ketika berpuasa.
Diharap tips ini dapat menjadikan bulan Ramadhan anda lebih bermakna. Akhir sekali Selamat menyambut bulan Ramadhan yang mulia ini daripada kami BadanLangsing.com. Terima kasih
Diri Kita Tanggungjawab Kita
http://www.badanlangsing.com
Dapatkan herba-herba untuk kesihatan wanita dan lelaki di sini
Friday, August 21, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment