Friday, August 14, 2009

Set Kesuburan Biodex (Wanita)






SET ASAS INI BAGI WANITA YANG TIADA PENYAKIT ENDOMETRIOSIS ATAU FIBROID ATAU BERKAITAN DENGAN DARAH.

*Jika ada masalah tersebut, pilih Set Kehamilan Biodex(Noni)
Set ini mengandungi produk berikut:

1. Beautea(Pencucian dan Pembersihan)
WM : RM 32 EM : RM 36.80 B$ : $18

- Ia membantu membersihkan usus yang kotor, membuang lemak dibahagian perut dan usus. Amalkan sehingga keadaan menjadi normal.

- Sangat sesuai untuk mengatasi sembelit dan panas dalaman.

- Diminum 1 uncang atau waktu pengambilan boleh diambil mengikut kesesuaian.

- Bertindak selepas 8 jam pengambilan.

- Diambil bila perlu sahaja.

Cara penggunaan: Diminum 1 uncang atau waktu pengambilan boleh diambil mengikut kesesuaian.




2. Supreme Diet (Chocolate atau Fruit)-Untuk Meningkatkan Kesuburan
WM : RM90 EM : RM103.50 B$ : $52

- Mengandungi lebih 20 enzim, mineral, zat dan vitamin yang diperlukan.

- Minum 1 sachet waktu malam atau 3 hingga 4 jam sebelum tidur.

- Jangan ambil makanan berat pada sebelah malam seperti nasi. Lebihkan protein seperti ikan, sayur dan buah-buahan.

- Jika terlalu kurus, ambil Supreme Diet selepas makan tengahari dan makan malam. Jika berat badan telah meningkat kepada berat yang ideal, kurangkan kepada 1 sachet sehari. Jika belum hamil tetapi berat badan telah bertambah, sila ikut program pencucian menggunakan Body Lift atau Unique Coffee.

- Teruskan pengambilan Supreme Diet jika period datang lewat atau ketika hamil.

SEMASA KEHAMILAN / UNTUK SUAMI

- Membantu menambah susu badan.

- Mengurangkan alahan semasa mengandung.

- Mencantikkan kulit ibu dan bayi.

- Mengurangkan kesembapan kaki dan tangan semasa hamil.

- Membantu mengawal berat badan ibu supaya tidak obesiti tetapi kandungan tetap membesar mengikut jadual.

- Amat digalakkan diambil LEBIH pada hari atau saat akhir kerana ia memberi tenaga dan ini memudahkan ibu melahirkan bayi



3. Woman Lobata -Untuk Meningkatkan Kesuburan

WM : RM138 EM : RM158.70 B$ : $75

- Membantu untuk wanita yang menghadapi masalah berkaitan dengan hormon yang sukar hamil.

- Tidak boleh diambil pada waktu period.

- Jika ada cyst atau ketumbuhan, anda digalakkan mengambil Noni Chewable Tablet untuk menguatkan sistem badan.

- Bagi mereka yang menghidap penyakit endometriosis atau fibroid atau berkaitan dengan dengan darah anda tidak boleh mengambil woman lobata.

Cara penggunaan: 1 sachet tanpa dibancuh setiap malam. Dikemam di bawah lidah sebelum meminum air. Boleh ditambah dengan serbuk Milo atau Horlick jika rasa kurang selesa.


4. Liquid Manja Prune -Menguatkan Rahim:
WM : RM58 EM : RM66.70 B$ : $33

- Mengandungi Manjakani, Kurma, Spirulina, Prune, Klorofil dan madu yang membantu menguatkan immune badan, menguatkan rahim dan melancarkan peredaran darah.
- Sangat sesuai untuk yang mudah keguguran.

Cara penggunaan: 1 sachet sebelah petang, dibancuh dengan air biasa.


* Untuk kos penghantaran ke semenanjung, harga kourier adalah RM10. Untuk Sabah atau Sarawak, harga kourier adalah RM15
Jumlah harga termasuk pos untuk Semenanjung adalah RM320.
Jumlah harga termasuk pos untuk Sabah/Sarawak adalah RM325.

Harga: RM310.00
************************************************************
Ramai pelanggan yang email dan telefon fied tentang produk biodex yang tak perlu lagi Fied perkenalkan. Produk ini diiklankan di kaca telivisyen seperti Wanita Hari Ini dan banyak iklan/banner terpampang tentang produk biodex ini. Rupa2nya ramai orang yang mengalami masalah sukar hamil tetapi segan untuk bertanya atau berjumpa doktor. Pendapat Fied, sekiranya kita telah berkahwin dan berusaha untuk mendapatkan anak lebih dari setahun tetapi usaha masi gagal, eloklah kita berjumpa doktor sakit puan. Bawa pasangan sekali. Doktor dapat memeriksa tahap kesuburan kita dan melalui pemeriksaan, Insyallah punca mengapa belum hamil dapat dikenalpasti. Dari keputusan pemeriksaan, barulah cuba produk biodex ini kerana ada produk yang tidak sesuai bagi yang pernah atau sedang mempunyai ketumbuhan atau fibroid. Produk Biodex juga ada untuk lelaki kerana perlu diingat bahawa punca masalah sukar hamil ini bukan hanya disebabkan masalah dari wanita sahaja. Cuba sekurang2nya 3 bulan produk ini bagi menyesuaikan dengan badan.
Ambil asid folik bagi wanita dan satu lagi petua amalkan minum jus belanda dan jus anggur. Kedua2 suami isteri perlu elakkan stress dan bagi wanita, kurangkan makan makanan yang tajam seperti nenas, tebu ,rebung, tapai, ubi kayu, tembikai, air kelapa. Doa banyak2. Insyallah usaha akan tercapai.
Amin
Layari http://www.badanlangsing.com/ untuk maklumat lanjut mengenai produk Biodex ini.

Di bawah adalah petikan dari laman biodex bagi tips2 untuk lelaki
Anak merupakan anugerah yang tidak ternilai harganya. Setiap pasangan suami isteri pasti menyimpan impian untuk menimang cahaya mata bagi menceriakan bahtera perkahwinan. Namun tidak semua pasangan beruntung berjaya memperoleh anaksebagaimana yang diimpikan. Suatu masa dahulu bila perkara seperti ini terjadi wanitalah yang sering dipersalahkan. Namun kini telah wujud kesedaran bahawa kegagalan mendapatkan anak boleh juga disebabkan oleh masalah yangh disebabkanoleh kaum lelaki dan bukan wanita semata mata. Faktor gaya hidup dikatakan sebagai antara penyebab yang mempengaruhi kesuburan lelaki.Tahukah anda ada tujuh perkara yang harus lelaki hindari jika mereka ingin mempunyai anak . Antaranya ialah :
1.MANDI AIR PANAS ATAUPUN SAUNA
Kesuburan lelaki berada dalam keadaan baik bila dijaga dalam suhu yang tidak terlalu tinggi, iaitu beberapa darjah lebih rendah daripada suhu normal tubuh. Mandi air yang terlalu panas dan memakai seluar yang terlalu ketat atau sintetik akan membuat testis menjadi panas dan mempengaruhi produksi sperma.
2.Berbasikal
Kajian yang dilakukan oleh University Of Southern California membuktikan bahawa tekanan terus menerus padel basikal boleh merosakkan arteri dan saraf yang terdapat pada penis. Pilih padel basikal yang ergonomis untuk menghindari tekanan seperti ini.
3.Stress
Kajian oleh Jabatan Fisiologi, Medical College of Ohio menunjukkan bahawa stres kecil dapat membuat kadar testosteron lelaki dan sperma yang dihasilkan menurun.
4.KEMALANGAN DI TEMPAT KERJA
Terkena radiasi dan bahan kimia dapat merosakkan dan menurunkan produksi sperma serta menyebabkan kerosakan genetik pada anak-anak. Demikian hasil kajian McGill dari Universiti di Montreal, Kanada.
5.Ubat-ubatan Tertentu
Tanyakan pada doktor anda, apakah kesan sampingan ubat-ubatan yang sedang dijalani padafungsi seksual. Banyak ubat-ubatan termasuk ubat untuk penyakit tekanan darah tinggi, kanser bahkan infeksi bakteria dapat menyebabkan masalah kesuburan dan penurunan produksi sperma.
6.Merokok
Penelitian- penelitian yang dijalankan akhir-akhir ini menunjukkan bahawa lelaki yang merokok menghasilkan sperma lebih sedikit berbanding lelaki yang tidak merokok.Lebih baik hentikan kebiasaan ini kerana isteri dan anak yang dikandung akan menjadi perokok pasif.
7. Makanan Tidak Seimbang
Hindarimakanan yang tidak sihat dengan menggantikannya dengan sayur-sayuran,buah-buahan, biji-bijian, susu dan daging tanpa lemak. Dengan demikian anda akan cukup sihat untuk menjadi seorang ayah.



Diri Kita Tanggungjawab Kita

http://www.badanlangsing.com/

Dapatkan herba-herba untuk kesihatan wanita dan lelaki di sini
[ ... ]

Thursday, August 13, 2009

Newsletter BadanLangsing.com


Kami di BadanLangsing.com secara positif sangat percaya pelbagai kaedah dan cara yang dapat dilakukan dalam mencapai objektif diri kita terutama daripada aspek kesihatan dan kecantikan. Walaubagaimanapun, setiap petua atau tips perlulah dilaksanakan dengan betul agar kesan yang maksima dapat diperoleh. Sesetengah tips mungkin tidak berkesan kepada seseorang individu tetapi sangat berkesan kepada orang lain. Apa yang perlu dilakukan oleh kita sebagai makhluk tuhan ialah berusaha sedaya upaya dalam mencapai objektif kita dan berserah kepada yang Maha Mengetahui. Ilmu tentang kesihatan dan kecantikan ini sentiasa berkembang dan kita perlulah sentiasa mempunyai minat dalam mendalamkan pengetahuan kita.

Newsletter yang kami berikan kepada anda ini bukanlah penyelesaian mutlak kepada permasalahan anda. Kita sentiasa perlu mendidik diri kita dalam mengamalkan kehidupan yang sihat.

Diri Kita Tanggungjawab Kita

http://www.badanlangsing.com/

Dapatkan herba-herba untuk kesihatan wanita dan lelaki di sini
[ ... ]

Tuesday, August 11, 2009

Baju Langsing Nano (Slimming Suit) Perfect Body

Turunkan Berat Badan Anda Dengan Baju Langsing Nano(Slimming Suit) Perfect Body.
Perfect Body merupakan baju langsing yang dapat membantu wanita atau lelaki yang mengalami masalah berat badan mencapai berat badan yang ideal.Tidak seperti baju langsing yang lain, Perfect Body dilengkapi dengan infra merah yang dapat memaksimakan kesan dalam proses menurunkan berat badan.

************************************************************
Baju langsing ni memang produk yang paling diminati ramai oleh pelanggan-pelangan BadanLangsing.com. Ramai yang sudah mencuba dan mendapat keputusan yang diingini. Secara peribadi, saya dah mengenali baju langsing Perfect Body ni dah lama. Masa tu saya masih bujang. Saya minta tunang saya masa tu (kini dah isteri) pakai. Bila dia pakai rasa selesa dan ada perubahan, saya mula mengesyorkan pada kawan-kawan dan saudara mara lain. Sejak dari itu isteri saya mula menjual baju langsing ini kepada ramai orang. Tup tup kini dah 5 tahun kami menjual baju langsing ni.

Banyak persepsi laaa bila orang lelaki bercakap pasal baju langsing ni. Ada yang ketawa, terkejut dan hairan. Tapi apa yang saya buat cuma nak bagi jalan atau pandangan dalam menjadikan impian atau harapan orang yang inginkan badan yang cantik dan kurus jadi kenyataan. Sebab tu saya tak peduli dengan apa persepsi orang terhadap saya. Saya teruskan menolong isteri untuk menjual produk ini.

Isteri saya dah pakai baju langsing ni dah lama. Walaupun badan dah slim (ehem :)) tapi still pakai baju ni. Bukan ape, nak maintain bentuk. Bila pakai, die cakap lagi confident. Saya selagi die positif, saya takde masalah laaa.huhu. Dalam kita capai bentuk badan yang cantik dan sihat, akal dan minda pun perlu sihat jugak. Sentiasa semai pemikiran yang positif dalam mencapai objektif kita.

Sila layari http://www.badanlangsing.com/ untuk maklumat lanjut mengenai baju langsing nano Perfect Body ni. Untuk link ke baju langsing terus, boleh pergi ke link ni http://www.badanlangsing.com/pakaian/baju-langsing-nano-perfect-body/prod_2.html . Kalau ada sebarang pertanyaan mengenai produk ni, sila email fied@badanlangsing.com. Terus tanya isteri saya laaaa senang. Nak tanya saya....tak sesuai!! Huhu. Tapi untuk lelaki pun boleh pakai baju ni. Ada lelaki jugak yang beli produk ni dari kami. Boleh YM saya kalau segan nak email isteri saya. ID YM : pet_91 .


Diri Kita Tanggungjawab Kita

http://www.badanlangsing.com/

Dapatkan herba-herba untuk kesihatan wanita dan lelaki di sini
[ ... ]

Tuesday, June 3, 2008

Syukur Alhamdulillah dan Terima Kasih......Majlis Akikah Anak & Kenduri Kahwin Adikku

Alhamdulillah, majlis akikah anak dan kenduri kahwin adik aku berjalan lancar pada 31 Mei 2008. Terima kasih kepada semua jemputan yang hadir dan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.

Jutaan terima kasih ditujukan kepada kedua-dua mak and ayah, isteriku, adik aku selaku pengantin pada hari tersebut, tok n wan, pak2 sedara n mak2 sedara, sepupu sepapat dan semua yang terlibat secara langsung atau tak langsung.

Majlis berjalan lancar dan mudah-mudahan diberkati dan dirahmati oleh Allah. Kesemua pak menakan n mak menakan dari Kedah, Selangor n Johor berjaya menyampaikan diri ke majlis kenduri ni. Sepupu2 juga sampai, Cuma sorang jerrr yg masih berada di Ireland tengah exam.

Tahniah diucapkan kepada adik aku yang selamat menjadi suami pada 24 Mei 2008. Semoga rumah tangga mereka bahagia hingga ke akhir hayat dan dirahmati oleh Allah.

Terima kasih kepada semua. Moga-moga anda semua semua dirahmati oleh Allah.

Tunggu posting yang akan datang. Mungkin boleh upload gambar kenduri skit kot….hehe :)


Diri Kita Tanggungjawab Kita

http://www.badanlangsing.com

Dapatkan produk-produk untuk kesihatan wanita dan lelaki di sini
[ ... ]

Tuesday, January 22, 2008

Asah Minda Dengan Sudoku

Ni puzzle sudoku yang aku buat. 24 Dec 2007 (Puzzle No 897) Kategori Gentle




Hari ni dekat office banyak keje gile. Tapi sempat jugak buka satu website sudoku ni. Try laa buat satu puzzle. Aku try buat puzzle yang ada dalam archive website tu. Puzzle bernombor 897 ni diletak dalam kategori Gentle (24 December 2007). Act, setiap hari website ni buat pertandingan menyelesaikan puzzle sudoku ni. Setiap hari tahap kesukaran puzzle berbeza antara satu dengan lain. Untuk puzzle yang aku buat ni, seramai 1410 orang telah buat puzzle ni dan secara purata mereka dapat selesaikan puzzle ni dalam masa 16 minit.

Sebenarnya aku memang suka jugak buat puzzle sudoku ni. Tapi bila lama dah tak buat, bila aku try buat puzzle yang kategori Gentle ni pun aku ambil masa 25 minit. Kira lambat daripada average laaaa. Bila buat puzzle ni at least minda aku tak karat sangat. Asyik mengadap kerja jerrr, tak berkembang minda. Hahaha.

Kalau sesaper yang berminat, boleh laaa try buat puzzle sudoku ni kat website http://www.sudoku.org.uk/daily.asp . Bagus untuk minda. Minda pun kene di ‘polish’ selalu. Hehehe

Peraturan bermain puzzle sudoku ini sungguh mudah. Peraturannya : Setiap baris, setiap kolum dan setiap 3 X 3 petak grid hendaklah diisi dengan digit 1 hingga 9 SAHAJA

Peraturan ni sungguh mudah tapi bila kita dah cuba buat puzzle ni baru kita sedari yang nak buat puzzle ni susah sebenarnya. Jangan addicted dengan sudoku sampai tak boleh buat keje sudahla…. :)



Ni jawapan untuk puzzle sudoku kat atas




Diri Kita Tanggungjawab Kita

http://www.badanlangsing.com/

Dapatkan produk-produk kesihatan lelaki dan wanita di sini
[ ... ]

Monday, January 21, 2008

Testimonial 1

Ni email yang dihantar kepada Fied : Nama dan email tidak didedahkan untuk tujuan privasi

Ni email yang Fied dapat daripada salah seorang pelanggan BadanLangsing.com . Antara yang ditulis dalam email ini : “Tapi Alhamdulillah selepas mengamalkan petua Fied yang dulu, berat badan saya sudah turun 5 kg. Walaupun 5 kg tetapi saya berasa amat gembira sekali :)”

Fied sungguh gembira kerana kesungguhan dan keazaman yang positif membolehkan pelanggan-pelanggan
BadanLangsing.com berjaya menurunkan berat badan. 5 kg merupakan penurunan yang baik untuk peringkat permulaan. Teruskan usaha untuk sentiasa kekal cantik dan langsing :)

Cuba amalkan pemakaian baju langsing Perfect Body untuk kelihatan langsing dan cantik. Sila layari
http://www.badanlangsing.com/pakaian/baju-langsing-perfect-body/prod_2.html untuk keterangan lanjut.

Diri Kita Tanggungjawab Kita

http://www.badanlangsing.com/

Dapatkan produk-produk kesihatan untuk lelaki dan wanita di sini

[ ... ]

Sunday, January 20, 2008

Angkat Barang vs Berjogging

Pagi ni aku sibuk tolong parents aku mengangkat barang dari rumah Bangi ke Seri Kembangan. Barang yang diangkat tak lah banyak tapi penuh jugak laaa lori 1 tan tu. Sewa lori tu sekali dengan “helper” angkat barang 2 orang. Angkat barang di Bangi tu memang penat sikit sebab rumah apartment. Nak bawak turun barang tu memang agak mencabar. Berpeluh-peluh laaa jugak. Hahaha.

Kebetulan hari ni Pak Ndak aku dari kampung datang KL ni. Dia hantar Mak Ndak pegi kursus bawah JPA. Kursus kat Kemaman tapi naik bas dari Putrajaya. Lepas amik Pak Ndak kat Putrajaya terus kitorang pegi Bangi mengangkat barang.

Lepas angkat barang tu Pak Ndak cakap “Peluh macam lepas jogging!!” Aku tersengih jerrr. Memang laaa berpeluh gile tapi kesan peluh jogging dengan mengangkat barang ni tak sama. Kadar pembakaran lemak lepas berjogging lebih tinggi berbanding mengangkat barang. Di samping tu, jogging secara tak langsung merangsang sistem kardiovaskular badan kita.

Minggu lepas sehari jerrr sempat berjogging. Harap minggu depan dapat jogging banyak hari sikit. Lemak dengan kolestrol kene bakar skit. Hehe :)


Rumah parents aku di Bangi

Diri Kita Tanggungjawab Kita

http://www.badanlangsing.com/

Dapatkan produk-produk kesihatan wanita dan lelaki di sini
[ ... ]

Friday, January 18, 2008

Adik Sharlinie

Sudah lebih seminggu adik Sharlinie hilang dan tidak dijumpai. Aku sungguh terharu banyak pihak cuba mencari adik Sharlinie ini. Perihatin orang Malaysia ni sebenarnya.

Petikan daripada Utusan Malaysia Online:
Sharlinie Mohd. Nashar, 5, dilaporkan hilang ketika bermain bersama kakaknya di padang permainan yang terletak kira-kira 200 meter dari rumahnya di No. 29, Jalan PJS2C/11N, Taman Medan, Petaling Jaya.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, mangsa diculik kira-kira pukul 11.30 pagi. Ketika itu mangsa sedang leka bermain bersama kakaknya, Sharliena yang berusia lapan tahun.
Menurut beliau, ketika hilang, mangsa yang mempunyai tiga adik-beradik memakai baju-T dan skirt berwarna biru muda serta selipar warna merah jambu.

************************************************************************************
Kepada sesiapa yang menjumpai Sharlinie sila hubungi talian di bawah :
Nashar (Bapa) 016 2709096 / 016 2583450
Polis : 03-79662222 @ 999
************************************************************************************


Ni rupa suspek yang disyaki. Sila hubungi talian di atas sekiranya anda pernah terlihat wajah ini di sekitar kawasan anda.

Aku sebenarnya kesian dengan parents Sharlinie ni. Mesti diorang susah hati. Sape lah yang tak sayang anak oiiiii. Bila terbaca petikan Utusan Onlie ni lagi laaaa aku terasa geram dengan penculik ni.

PETALING JAYA 12 Jan. - Bagi Suraya Ahmad, ibu mangsa culik Sharlinie, ketiadaan anak bongsunya tidur di sisi begitu dirasai sehingga dia tidak dapat lena pada setiap malam sejak Rabu lalu.
Menurutnya, sudah menjadi kebiasaan anaknya yang diberi panggilan manja Linie itu tidur di biliknya dan Linie pula selalu memintanya memeluk sambil mendodoinya sehingga tidur.
“Memang sukar untuk melelapkan mata kerana saya sangat merindui Linie, lebih-lebih lagi sering terfikirkan apa nasib dia sekarang,” katanya yang ditemui di rumahnya di sini.
Suraya memberitahu, dia dan suaminya, Mohd. Nashar Mat Hussein juga tidak dapat tidur lena kerana perasaan cemas yang membelenggu dan tertunggu-tunggu setiap panggilan dan khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada pemberi maklumat.
“Beberapa hari ini kami sangat penat, makan pun tidak berselera, air pun tidak membasahi tekak namun saya dan suami bertekad terus bertahan dengan doa agar Linie pulang ke pangkuan kami,” ujarnya.
Dalam pada itu, ekoran kejadian tersebut, Mohd. Nashar yang bekerja sebagai mekanik diberi pelepasan oleh majikannya untuk menguruskan hal peribadinya.
Dalam kejadian Rabu lalu, Sharlinie diculik ketika dalam perjalanan pulang selepas bermain bersama-sama kakaknya di padang permainan yang terletak kira-kira 200 meter dari rumahnya di No. 29 Jalan PJ2C/11N, Taman Medan, Petaling Jaya pada pukul 11.30 pagi.
Operasi mencari secara besar-besaran telah dilancarkan polis dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) sejak kehilangannya dilaporkan di akhbar tempatan namun sehingga kini dia masih belum ditemui
.

************************************************************************************
Langkah PDRM bekerjasama dengan Telekom Malaysia Berhad (TM) memang aku puji. Ini secara tidak langsung akan mempelbagaikan lagi saluran maklumat untuk menjejaki Sharlinie. Ni petikan akhbar dari Utusan Malaysia Online


KUALA LUMPUR 16 Jan. – Polis bekerjasama dengan Telekom Malaysia Berhad (TM) mewujudkan talian bebas tol khas untuk mencari Sharlinie Mohd. Nashar, 5, yang hilang sejak seminggu lalu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, talian 1800-88-5464 itu boleh dihubungi 24 jam setiap hari.
Menurutnya, setiap panggilan ke talian tersebut akan disalurkan terus ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri pemanggil masing-masing.
‘‘Perkhidmatan talian ini diadakan bagi memudahkan orang ramai menyalurkan maklumat sekali gus lebih banyak info dapat dikumpul bagi membantu siasatan polis.
“Ia memiliki keistimewaan seperti mengesan lokasi asal pemanggil dan terus memindahkan panggilan secara automatik ke IPK,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Menurut Musa, pendekatan itu membolehkan polis bertindak dengan segera terhadap setiap kali maklumat diterima.
Bagaimanapun, beliau mengingatkan orang ramai supaya tidak menyalahgunakan talian bebas tol itu bagi mengelakkan sebarang gangguan terhadap siasatan polis.
Sharlinie hilang ketika dalam perjalanan pulang bersama kakaknya berhampiran rumah mereka di Taman Medan Petaling Jaya pada pagi 9 Januari lalu

************************************************************************************
Ni petikan Utusan Malaysia Online mngenai penyebaran poster oleh ibu bapa Sharlinie.


PETALING JAYA 10 Jan. – Usaha mencari kanak-kanak perempuan, Sharlinie Mohd. Nashar, 5, yang dipercayai diculik sejak semalam, dimulakan oleh keluarganya seawal malam tadi dengan pemasangan poster di sekitar kawasan perumahan dan premis perniagaan di sekitar lokasi kehilangannya di Taman Medan di sini.
Poster mengandungi gambar, nama dan ciri-ciri fizikal mangsa serta nombor telefon keluarga dan polis untuk dihubungi itu dicetak oleh Utusan Malaysia bagi membantu keluarga mangsa.
Sepanjang usaha yang dijalankan sehingga pukul 4 pagi sebelum disambung pukul 8 pagi ini, 200 keping poster besar dan kecil turut ditampal di tempat tumpuan umum dan diedarkan kepada orang ramai di sekitar daerah ini.
Ini termasuk di perhentian-perhentian bas, stesen komuter, stesen transit aliran ringan (LRT), masjid-masjid, balai raya, restoran, medan selera dan pondok polis.
Kerja-kerja menampal dan mengedarkan poster itu dilakukan sendiri oleh ibu bapa Sharlinie, Mohd. Nashar Mat Hussain, 29; dan Suraya Ahmad, 28, serta nenek mangsa, Shamsiah Md. Yusof, 48.
Turut ‘bersengkang mata’ bersama-sama mereka ialah ibu saudara mangsa, Lizawati Ahmad, 25, dan tunangnya, Yazrin Abd. Aziz, 26.
Usaha tersebut turut dibantu oleh sebilangan penduduk sekitar yang prihatin terhadap nasib malang keluarga terbabit dan kemudian membantu mengedarkan poster berkenaan.
Sambil berterima kasih kepada Utusan Malaysia yang pantas membantu keluarganya dengan mencetak poster-poster berwarna, Mohd. Nashar dengan nada sebak berkata: “Saya tidak sangka Utusan Malaysia bertindak begitu cepat membantu keluarga kami dan berharap ada pihak lain yang membantu dalam usaha mencari Sharlinie.”
Ketua Rukun Tetangga Desa Mentari 2, Abd. Rohani Yaakub yang turut serta dalam usaha tersebut pula berkata, pihaknya akan memaklumkan kepada seluruh penduduk kawasan itu mengenai kehilangan mangsa.
Katanya, mereka akan berusaha membantu menyebarkan maklumat mengenai kehilangan Sharlinie semasa rondaan yang dilakukan pada setiap malam.
“Kita amat bersimpati dengan nasib keluarga ini dan akan berusaha menyebarkan poster ini agar dapat membantunya mencari mangsa dengan cepat,” katanya
.

Dengan memasukkan poster Sharlinie di dalam blog BadanLangsing.com ini diharapkan kami dapat menyumbang untuk memudahkan pencarian adik Sharlinie ini.


Diri Kita Tanggungjawab Kita

http://www.badanlangsing.com/

Dapatkan produk-produk kesihatan untuk lelaki dan wanita di sini
[ ... ]
 
Ini merupakan blog persendirian BadanLangsing.com - Segala penulisan berdasarkan pengalaman, pemerhatian, pembacaan dan pandangan peribadi penulis. Sila layari web BadanLangsing.com untuk mendapatkan produk-produk kecantikan dan kesihatan.

©2007-2009 Blog BadanLangsing.com | BadanLangsing.com