Tuesday, January 22, 2008

Asah Minda Dengan Sudoku

Ni puzzle sudoku yang aku buat. 24 Dec 2007 (Puzzle No 897) Kategori Gentle




Hari ni dekat office banyak keje gile. Tapi sempat jugak buka satu website sudoku ni. Try laa buat satu puzzle. Aku try buat puzzle yang ada dalam archive website tu. Puzzle bernombor 897 ni diletak dalam kategori Gentle (24 December 2007). Act, setiap hari website ni buat pertandingan menyelesaikan puzzle sudoku ni. Setiap hari tahap kesukaran puzzle berbeza antara satu dengan lain. Untuk puzzle yang aku buat ni, seramai 1410 orang telah buat puzzle ni dan secara purata mereka dapat selesaikan puzzle ni dalam masa 16 minit.

Sebenarnya aku memang suka jugak buat puzzle sudoku ni. Tapi bila lama dah tak buat, bila aku try buat puzzle yang kategori Gentle ni pun aku ambil masa 25 minit. Kira lambat daripada average laaaa. Bila buat puzzle ni at least minda aku tak karat sangat. Asyik mengadap kerja jerrr, tak berkembang minda. Hahaha.

Kalau sesaper yang berminat, boleh laaa try buat puzzle sudoku ni kat website http://www.sudoku.org.uk/daily.asp . Bagus untuk minda. Minda pun kene di ‘polish’ selalu. Hehehe

Peraturan bermain puzzle sudoku ini sungguh mudah. Peraturannya : Setiap baris, setiap kolum dan setiap 3 X 3 petak grid hendaklah diisi dengan digit 1 hingga 9 SAHAJA

Peraturan ni sungguh mudah tapi bila kita dah cuba buat puzzle ni baru kita sedari yang nak buat puzzle ni susah sebenarnya. Jangan addicted dengan sudoku sampai tak boleh buat keje sudahla…. :)



Ni jawapan untuk puzzle sudoku kat atas




Diri Kita Tanggungjawab Kita

http://www.badanlangsing.com/

Dapatkan produk-produk kesihatan lelaki dan wanita di sini
[ ... ]

Monday, January 21, 2008

Testimonial 1

Ni email yang dihantar kepada Fied : Nama dan email tidak didedahkan untuk tujuan privasi

Ni email yang Fied dapat daripada salah seorang pelanggan BadanLangsing.com . Antara yang ditulis dalam email ini : “Tapi Alhamdulillah selepas mengamalkan petua Fied yang dulu, berat badan saya sudah turun 5 kg. Walaupun 5 kg tetapi saya berasa amat gembira sekali :)”

Fied sungguh gembira kerana kesungguhan dan keazaman yang positif membolehkan pelanggan-pelanggan
BadanLangsing.com berjaya menurunkan berat badan. 5 kg merupakan penurunan yang baik untuk peringkat permulaan. Teruskan usaha untuk sentiasa kekal cantik dan langsing :)

Cuba amalkan pemakaian baju langsing Perfect Body untuk kelihatan langsing dan cantik. Sila layari
http://www.badanlangsing.com/pakaian/baju-langsing-perfect-body/prod_2.html untuk keterangan lanjut.

Diri Kita Tanggungjawab Kita

http://www.badanlangsing.com/

Dapatkan produk-produk kesihatan untuk lelaki dan wanita di sini

[ ... ]

Sunday, January 20, 2008

Angkat Barang vs Berjogging

Pagi ni aku sibuk tolong parents aku mengangkat barang dari rumah Bangi ke Seri Kembangan. Barang yang diangkat tak lah banyak tapi penuh jugak laaa lori 1 tan tu. Sewa lori tu sekali dengan “helper” angkat barang 2 orang. Angkat barang di Bangi tu memang penat sikit sebab rumah apartment. Nak bawak turun barang tu memang agak mencabar. Berpeluh-peluh laaa jugak. Hahaha.

Kebetulan hari ni Pak Ndak aku dari kampung datang KL ni. Dia hantar Mak Ndak pegi kursus bawah JPA. Kursus kat Kemaman tapi naik bas dari Putrajaya. Lepas amik Pak Ndak kat Putrajaya terus kitorang pegi Bangi mengangkat barang.

Lepas angkat barang tu Pak Ndak cakap “Peluh macam lepas jogging!!” Aku tersengih jerrr. Memang laaa berpeluh gile tapi kesan peluh jogging dengan mengangkat barang ni tak sama. Kadar pembakaran lemak lepas berjogging lebih tinggi berbanding mengangkat barang. Di samping tu, jogging secara tak langsung merangsang sistem kardiovaskular badan kita.

Minggu lepas sehari jerrr sempat berjogging. Harap minggu depan dapat jogging banyak hari sikit. Lemak dengan kolestrol kene bakar skit. Hehe :)


Rumah parents aku di Bangi

Diri Kita Tanggungjawab Kita

http://www.badanlangsing.com/

Dapatkan produk-produk kesihatan wanita dan lelaki di sini
[ ... ]

Friday, January 18, 2008

Adik Sharlinie

Sudah lebih seminggu adik Sharlinie hilang dan tidak dijumpai. Aku sungguh terharu banyak pihak cuba mencari adik Sharlinie ini. Perihatin orang Malaysia ni sebenarnya.

Petikan daripada Utusan Malaysia Online:
Sharlinie Mohd. Nashar, 5, dilaporkan hilang ketika bermain bersama kakaknya di padang permainan yang terletak kira-kira 200 meter dari rumahnya di No. 29, Jalan PJS2C/11N, Taman Medan, Petaling Jaya.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, mangsa diculik kira-kira pukul 11.30 pagi. Ketika itu mangsa sedang leka bermain bersama kakaknya, Sharliena yang berusia lapan tahun.
Menurut beliau, ketika hilang, mangsa yang mempunyai tiga adik-beradik memakai baju-T dan skirt berwarna biru muda serta selipar warna merah jambu.

************************************************************************************
Kepada sesiapa yang menjumpai Sharlinie sila hubungi talian di bawah :
Nashar (Bapa) 016 2709096 / 016 2583450
Polis : 03-79662222 @ 999
************************************************************************************


Ni rupa suspek yang disyaki. Sila hubungi talian di atas sekiranya anda pernah terlihat wajah ini di sekitar kawasan anda.

Aku sebenarnya kesian dengan parents Sharlinie ni. Mesti diorang susah hati. Sape lah yang tak sayang anak oiiiii. Bila terbaca petikan Utusan Onlie ni lagi laaaa aku terasa geram dengan penculik ni.

PETALING JAYA 12 Jan. - Bagi Suraya Ahmad, ibu mangsa culik Sharlinie, ketiadaan anak bongsunya tidur di sisi begitu dirasai sehingga dia tidak dapat lena pada setiap malam sejak Rabu lalu.
Menurutnya, sudah menjadi kebiasaan anaknya yang diberi panggilan manja Linie itu tidur di biliknya dan Linie pula selalu memintanya memeluk sambil mendodoinya sehingga tidur.
“Memang sukar untuk melelapkan mata kerana saya sangat merindui Linie, lebih-lebih lagi sering terfikirkan apa nasib dia sekarang,” katanya yang ditemui di rumahnya di sini.
Suraya memberitahu, dia dan suaminya, Mohd. Nashar Mat Hussein juga tidak dapat tidur lena kerana perasaan cemas yang membelenggu dan tertunggu-tunggu setiap panggilan dan khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada pemberi maklumat.
“Beberapa hari ini kami sangat penat, makan pun tidak berselera, air pun tidak membasahi tekak namun saya dan suami bertekad terus bertahan dengan doa agar Linie pulang ke pangkuan kami,” ujarnya.
Dalam pada itu, ekoran kejadian tersebut, Mohd. Nashar yang bekerja sebagai mekanik diberi pelepasan oleh majikannya untuk menguruskan hal peribadinya.
Dalam kejadian Rabu lalu, Sharlinie diculik ketika dalam perjalanan pulang selepas bermain bersama-sama kakaknya di padang permainan yang terletak kira-kira 200 meter dari rumahnya di No. 29 Jalan PJ2C/11N, Taman Medan, Petaling Jaya pada pukul 11.30 pagi.
Operasi mencari secara besar-besaran telah dilancarkan polis dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) sejak kehilangannya dilaporkan di akhbar tempatan namun sehingga kini dia masih belum ditemui
.

************************************************************************************
Langkah PDRM bekerjasama dengan Telekom Malaysia Berhad (TM) memang aku puji. Ini secara tidak langsung akan mempelbagaikan lagi saluran maklumat untuk menjejaki Sharlinie. Ni petikan akhbar dari Utusan Malaysia Online


KUALA LUMPUR 16 Jan. – Polis bekerjasama dengan Telekom Malaysia Berhad (TM) mewujudkan talian bebas tol khas untuk mencari Sharlinie Mohd. Nashar, 5, yang hilang sejak seminggu lalu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, talian 1800-88-5464 itu boleh dihubungi 24 jam setiap hari.
Menurutnya, setiap panggilan ke talian tersebut akan disalurkan terus ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri pemanggil masing-masing.
‘‘Perkhidmatan talian ini diadakan bagi memudahkan orang ramai menyalurkan maklumat sekali gus lebih banyak info dapat dikumpul bagi membantu siasatan polis.
“Ia memiliki keistimewaan seperti mengesan lokasi asal pemanggil dan terus memindahkan panggilan secara automatik ke IPK,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Menurut Musa, pendekatan itu membolehkan polis bertindak dengan segera terhadap setiap kali maklumat diterima.
Bagaimanapun, beliau mengingatkan orang ramai supaya tidak menyalahgunakan talian bebas tol itu bagi mengelakkan sebarang gangguan terhadap siasatan polis.
Sharlinie hilang ketika dalam perjalanan pulang bersama kakaknya berhampiran rumah mereka di Taman Medan Petaling Jaya pada pagi 9 Januari lalu

************************************************************************************
Ni petikan Utusan Malaysia Online mngenai penyebaran poster oleh ibu bapa Sharlinie.


PETALING JAYA 10 Jan. – Usaha mencari kanak-kanak perempuan, Sharlinie Mohd. Nashar, 5, yang dipercayai diculik sejak semalam, dimulakan oleh keluarganya seawal malam tadi dengan pemasangan poster di sekitar kawasan perumahan dan premis perniagaan di sekitar lokasi kehilangannya di Taman Medan di sini.
Poster mengandungi gambar, nama dan ciri-ciri fizikal mangsa serta nombor telefon keluarga dan polis untuk dihubungi itu dicetak oleh Utusan Malaysia bagi membantu keluarga mangsa.
Sepanjang usaha yang dijalankan sehingga pukul 4 pagi sebelum disambung pukul 8 pagi ini, 200 keping poster besar dan kecil turut ditampal di tempat tumpuan umum dan diedarkan kepada orang ramai di sekitar daerah ini.
Ini termasuk di perhentian-perhentian bas, stesen komuter, stesen transit aliran ringan (LRT), masjid-masjid, balai raya, restoran, medan selera dan pondok polis.
Kerja-kerja menampal dan mengedarkan poster itu dilakukan sendiri oleh ibu bapa Sharlinie, Mohd. Nashar Mat Hussain, 29; dan Suraya Ahmad, 28, serta nenek mangsa, Shamsiah Md. Yusof, 48.
Turut ‘bersengkang mata’ bersama-sama mereka ialah ibu saudara mangsa, Lizawati Ahmad, 25, dan tunangnya, Yazrin Abd. Aziz, 26.
Usaha tersebut turut dibantu oleh sebilangan penduduk sekitar yang prihatin terhadap nasib malang keluarga terbabit dan kemudian membantu mengedarkan poster berkenaan.
Sambil berterima kasih kepada Utusan Malaysia yang pantas membantu keluarganya dengan mencetak poster-poster berwarna, Mohd. Nashar dengan nada sebak berkata: “Saya tidak sangka Utusan Malaysia bertindak begitu cepat membantu keluarga kami dan berharap ada pihak lain yang membantu dalam usaha mencari Sharlinie.”
Ketua Rukun Tetangga Desa Mentari 2, Abd. Rohani Yaakub yang turut serta dalam usaha tersebut pula berkata, pihaknya akan memaklumkan kepada seluruh penduduk kawasan itu mengenai kehilangan mangsa.
Katanya, mereka akan berusaha membantu menyebarkan maklumat mengenai kehilangan Sharlinie semasa rondaan yang dilakukan pada setiap malam.
“Kita amat bersimpati dengan nasib keluarga ini dan akan berusaha menyebarkan poster ini agar dapat membantunya mencari mangsa dengan cepat,” katanya
.

Dengan memasukkan poster Sharlinie di dalam blog BadanLangsing.com ini diharapkan kami dapat menyumbang untuk memudahkan pencarian adik Sharlinie ini.


Diri Kita Tanggungjawab Kita

http://www.badanlangsing.com/

Dapatkan produk-produk kesihatan untuk lelaki dan wanita di sini
[ ... ]
 
Ini merupakan blog persendirian BadanLangsing.com - Segala penulisan berdasarkan pengalaman, pemerhatian, pembacaan dan pandangan peribadi penulis. Sila layari web BadanLangsing.com untuk mendapatkan produk-produk kecantikan dan kesihatan.

©2007-2009 Blog BadanLangsing.com | BadanLangsing.com