Thursday, April 5, 2007

Bilik Hotel di London

Ni laaa gambar hotel yang aku n wife duduk masa honeymoon kat london. Hotel ni kalau nak ikut rate kalau tak salah aku RM 600++ sehari. Punyala mahal gilerrr. Rate die kalau dalam pound kalau tak salah 100++.Aku pun dah lupa.Tapi yang paling penting mahal gilerrr lah. Kalau kat malaysia, dengan RM 600 aku rasa dah boleh dapat bilik besar, tv besar, bilik air besar dan lampu yang besar. Tapi tulaaa sebab aku ni orang Malaysia, memang kene atau sengaja compare rate london dengan Malaysia. Aku rasa bila masuk hotel ni macam rasa masuk dalam kapal jerrr. Ruang untuk ke bilik punyalah kecik (Ni aku compare dengan hotel-hotel kat Malaysia lagik). Tapi sebab nama pun pelancong, bukannya duduk lama pun dalam bilik. Banyak berjalan jerrr tapi mengenangkan RM 600++ tu rasa macam mahal jerrr.Hehehe.

Sepanjang duduk hotel tu takdelah servis die yang teruk kerr ape. Semua ok. Tu yang penting. Tapi masa duduk kat hotel ni ada laaa terbunyi siren kat dalam bilik hotel kitorang. Puncanya sebab aktiviti mandi yang aku buat hahahaha. Terbawak-bawak dengan budaya Melayu di Malaysia, mandi nak kene sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Masa mandi kat London ni memang laaa mandi pakai air panas. Fuhhh, aku memang suka gileer mandi air panas ni. Lama laaa mandi. Bila aku habis mandi terus laaa keluar n buka pintu. Bila buka jerrr pintu, aku dengar ada bunyi siren. Tapi tak kuat sangat laaa bunyi tu. Dah lama sikit baru habis bunyi tu. Rupa-rupanya, wap air yang terkumpul dalam bilik air masa aku madi tadi yang puncanya. Bila aku buka jerr pintu bilik air tu, wap tadi mungkin dikesan oleh detector tu dan siren bunyi. Aku ingat ada orang akan datang bilik laaaa nak tanya apa-apa. Sampai aku dah siap pakai baju n sembahyang pun still takde orang datang tanya. Hmmm memang dah biasa jadi laaaa ni (kata aku dalam hati...Hhehehe).

Pada aku bila nak pegi melancong ni tak kisah sangat laaa pasal bilik hotel. Sebab bilik ni untuk tidur jerrr. Tapi tu dulu masa takde anak lagi. Bila dah ada anak ni kene fikir jugak sama ada bilik yang kita sewa tu selesa untuk semua ahli famili. Aku memang takdelah tau sangat pasal hotel-hotel kat london ni. Takde hotel yang aku boleh recommend pun. Mungkin ada yang lebih murah dan berpatutan. Hehehe


Tangga nak pergi ke bilik kitorang. Kalau berselisih pun mesti langgar bahu punya ni.

Diri Kita Tanggungjawab Kita

http://www.badanlangsing.com

Dapatkan herba-herba untuk kesihatan wanita dan lelaki di sini

[ ... ]

Hadiah Dari Suami

Bila sampai birthday atau anniversary kita, kadang-kadang kita berharap gak hadiah dari orang yang tersayang. Tapi sebenarnya fied rasa apa yang paling penting ialah si Dia ingat tarikh-tarikh penting tersebut. Kalau setakat bagi hadiah tapi takde feeling atau ingatan terhadap tarikh-tarikh penting tu terasa macam kosong jerr laaa.Fied ni memang seboleh-bolehnya cuba nak ingat setiap tarikh-tarikh penting ni.

Sebenarnya dengan ingatan terhadap tarikh-tarikh ini membolehkan hubungan kekeluargaan semakin baik dan bahagia. Tiada yang lebih baik sekiranya famili kita bahagia.

Fied act baru lepas tengok gambar kahwin fied. Ada gambar upacara pembatalan air sembahyang. Masa tu fied bagi cincin kat hubby n hubby plak bagi gelang kat fied. Barang-barang tu memang beli atas dasar suka sama suka. Hehehe. Hadiah dalam majlis ni sebenarnya simbolik jerrr. Apa yang paling penting ialah majlis sebelum tu. Majlis akad nikah. Fied sentiasa berdoa agar perkahwinan fied ni berkekalan hingga ke akhir hayat. Amin.




Ni gelang hubby fied bagi masa majlis akad nikah



Fied memang puas hati gilerr dengan cincin yang fied bagi kat hubby fied ni. Rasa cantik yang paling penting hubby fied suka.







Diri Kita Tanggungjawab Kita

http://www.badanlangsing.com

Dapatkan herba-herba untuk kesihatan wanita dan lelaki di sini
[ ... ]

Tuesday, April 3, 2007

Jadi "Perak" Di London

Bila pegi negeri orang ni semua benda rasa menarik. Padahal kalau benda tu ada kat negara kita buat tak heran jerrr. Ni saje jer nak tulih pasal trip pegi london haritu. Bila dah keluar duit nak pegi negara orang ni, rasa rugi jerr kalau lepak dalam hotel. Bila sampai hotel jerrr terus keluar jalan-jalan. Masa jalan tu bukannya ada arah tuju pun. Tu yang salah. Bila dah jalan dalam 45 minit, kitorang cari peta london dan cari tempat-tempat menarik yang kitorang dah survey kat internet masa kat Malaysia. Kitorang plan dalam 15 minit lepas tu teruskan perjalanan. Bila dah plan, baru rasa macam setiap langkah yang kitorang buat bermakna.
Tapi tulah bila mula-mula sampai negara orang ni memang jadi "perak" laaa sekejap. "Perak" ni bahasa orang Kedah. Pronounce die "Pe"-Bunyi macam ejaan perang. "Rak"-Bunyi macam ejaan Kerak. "Perak" ni maksudnya macam hairan bebenarlaaa.

Bila kat Malaysia kadang-kadang kita tengok orang ambil gambar kat signboard iklan, kat tiang lampu, kat sebelah basikal dan macam-macam lagilah. Tapi bila kat negeri orang ni jadi sama laaa macam diorang. Gambar dekat kerusi pun jadilah. hahahaha. Tapi yang paling penting, pengalaman dan knowledge yang kitorang dapat dekat negara orang ni. Culture diorang memang laaa tak sempat nak studi habis. Tapi boleh agak laaa diorang punya lifestyle tu macam mana.

Yang siot nya bila kat london ni, bila nampak orang Malaysia jerr rasa macam best. Boleh plak nak angkat-angkat tangan. Padahal kalau kat Malaysia buat bodo jerr. Tapi ok laaa at least takdelah diorang sombong. Kitorang kat sana memang belajar sendiri-sendiri jerrr. Main belasah. Kalau tak tahu tanya orang kat situ. Dah nama pun pelancong.

Sebab seronok berjalan, tak sedar yang kitorang dah berjalan lama gilerr. Bila balik bilik jerr baru rasa letih gilerrr. Tapi rasa puas hati gilerr lah. Nantilah kalau aku teringin nak cerita lagi trip pegi london ni. Buat masa ni itu jela dulu kot.




Gambar toilet kat London pun aku ambik. Bukannya best sangat toilet ni. Tapi konsep die yang buat aku rasa macam bagus. Tapi kat dalam tu aku tak tau laaa bersih kerr kotor.

Gambar fire engine pun selamba aku ambik. hehehe



Diri Kita Tanggungjawab Kita

http://www.badanlangsing.com

Dapatkan herba-herba untuk kesihatan wanita dan lelaki di sini
[ ... ]

Adakah Asas Kita Dah Benar-benar Kukuh

Kita selalu perhatikan kelemahan dan keburukan orang lain. Jarang kita memuji atau mengambil kebaikan orang lain sebagai pedoman kita. Kadang-kadang bila fied tengok anak-anak yatim dan pengemis, fied rasa diorang pun ada kelebihan dan kebaikan tersendiri. Tetapi dah nama pun manusia, memang tak pandang sangat laaa kelebihan diorang tu.

Sebab tu Fied rasa asas kita perlu kukuh. Untuk mengukuhkan asas, kita perlu menjadikan Al-Quran dan Sunnah sebagai pedoman. Kefahaman terhadap agama Islam perlu didalami. Sebenarnya ilmu Allah ni terlalu luas. Banyak yang boleh dipelajari. Sebenarnya Fied pun kene banyak belajar.Tapi tulah, sekarang ni asyik sibuk jerrr. Belajar pun sikit-sikit jerrr dari pembacaan dan ceramah agama sikit-sikit.
Kalau asas kita kukuh, tiada lagi perasaan hasad dengki atau tidak puas hati dengan orang lain. Sebaliknya kita akan lebih redha dan sentiasa membaiki diri kita. Hubby Fied selalu pesan supaya sentiasa bersihkan hati. Susah ooo.Hihihi


Ni hantaran yang Fied bagi kat hubby fied masa kahwin dulu

Fied sebenarnya rasa puas hati gilerr dapat beli Al-Quran dan rehal ni. Rasa macam cantik jerrr. Hubby Fied pun suka.



Diri Kita Tanggungjawab Kita

http://www.badanlangsing.com

Dapatkan herba-herba untuk kesihatan wanita dan lelaki di sini
[ ... ]

Monday, April 2, 2007

Bahasa Melayu

Masa pegi honeymoon kat Paris dulu, antara satu masalah yang kitorang hadapi adalah masalah bahasa. Masa kat airport Paris memang takde masalah sangat sebab orang kat situ kebanyakannya boleh cakap english. Bila kitorang dah sampai eiffel tower, nak tanya orang memang masalah. Main tunjuk-tunjuk jerrr. tu yang tersesat skit tu.

Dahla kitorang tak studi sangat jln kat Paris. Masa nak datang tu cuma studi jalan kat London jerrr. Bila dah dekat Paris, main belasah jerrr. tapi kitorang memang enjoy. Tapi aku terfikir gak, bahasa ilmu sekarang ni kebanyakannya dalam english.Tapi diorang ni selambe jerr tak reti cakap english.Sama laa macam orang Jepun n Vietnam. Kiranya Malaysia ni baguslaaa sebab kebanyakannya orangnya boleh cakap english walaupun broken. At least boleh laaa nak bagi penerangan kat orang luar.Hehehe.Apapun yang paling penting pada aku ialah kita willing nak belajar.
Ni ada gambar signage "sortie" yang aku tangkap kat Paris. Sortie maksudnya exit atau keluar. Nasib baik laaa aku boleh agak sortie tu maksud die keluar. Hehehe.


Diri Kita Tanggungjawab Kita

http://www.badanlangsing.com

Dapatkan herba-herba untuk kesihatan wanita dan lelaki di sini
[ ... ]

Hendak Seribu Daya

Masa majlis perkahwinan fied dulu, teringin sangat nak ada kek bertingkat. Selalunya kalau buat kek bertingkat ni kita akan guna kek icing sebab senang nak susun tingkat-tingkat seterusnya. tapi masa tu fied rasa rugi kalau pakai kek icing sebab mesti tak sedap kalau makan. Bagitau mak kalau boleh nak kek sponge. Memang masa majlis tu ada laaa kek sponge.

Tapi yang thrill nya ikut kata mak ngah n pak ngah fied, masa nak susun kek tu. Fied sangat berterima kasih sebenarnya kat famili-famili. Diorang banyak bersusah payah terutamanya mak,ayah n adik-adik. Balik cerita kek ni. Kek ni kiranya ada 5 lapis atau tingkat. Nak susun tu memang susah sebab tiang setiap tingkat akan dipacak atas kek sponge tu. Kek tudahla lembut. Memang susah laaaa nak dirikan. Tapi dengan teknik dan usaha yang bersungguh-sungguh, berjaya juga kek itu didirikan.

Apa yang fied nak tekankan di sini yang usaha itu tangga kejayaan. Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. Kalau kita berkehendakkan badan yang sentiasa sihat, kita akan berusaha untuk memastikan matlamat kita tercapai.

Diri Kita Tanggungjawab Kita

http://www.badanlangsing.com

Dapatkan herba-herba untuk kesihatan wanita dan lelaki di sini
[ ... ]

Sunday, April 1, 2007

Apa-apa jelah....

Ni gambar structure Eiffel Tower kat France. Gambar ni hubby fied amik. motif gambar ni memang fied tak tau. main belasah amik jerrr. Ingat balik masa pegi honeymoon ni memang seronok. Sajerr nak attach gambar ni sebab terdengar hubby ada cakap pasal france dengan kawan dia.tu yg cari gambar eiffel tower ni.hihi. Banyak lagi gambar yang kitorang amik tapi lain kali laaa fied attach.

Semalam balik kampung. Tengok atuk kat Ipoh. Dah lama tak jenguk. Bila fied tengok atuk kat kampung jerr, terfikir plak yang one day kita akan tua. Tahap kesihatan pun semakin menurun. Bayangkan kalau dari muda kita tak amal cara hidup yang sihat, dah tua nanti makin teruklah jadinya. Tapi kene ingat juga, walaupun kita jaga kesihatan kita masa muda ni dengan baik tak semestinya masa tua nanti kita tak akan sakit. Sebab kesihatan kita di tangan tuhan juga. Dia yang tentukan segala-galanya. Kita cuma perlu berusaha jerrr.


Blog ni baru jerrr hubby fied tukar die punya skin. fied tak kisah sangat apa-apa skin pun tapi kalau boleh nak laaa nampak macam feminin skit.Hihi. Tapi dah die yang rajin nak menggodek blog ni fied biar jerr lah.dah die suka.belasah je laa.


Diri Kita Tanggungjawab Kita

http://www.badanlangsing.com

Dapatkan herba-herba untuk kesihatan wanita dan lelaki di sini
[ ... ]
 
Ini merupakan blog persendirian BadanLangsing.com - Segala penulisan berdasarkan pengalaman, pemerhatian, pembacaan dan pandangan peribadi penulis. Sila layari web BadanLangsing.com untuk mendapatkan produk-produk kecantikan dan kesihatan.

©2007-2009 Blog BadanLangsing.com | BadanLangsing.com