Wednesday, September 2, 2009

Kenali Virus H1N1

Virus influenza A (H1N1) adalah virus baru dan semua orang tiada daya ketahanan kepada jangkitan ini. Vaksin bagi melindungi jangkitan juga belum ada. Jika penularan dalam komuniti tidak dikawal dengan baik, penyakit yang mudah menular ini (contangious) akan merebak dengan cepat serta melibatkan kejadian kes-kes yang tinggi atau banyak dan jika keadaan ini tidak terkawal kejadian kes berkomplikasi akan berlaku termasuk kematian.


Sebagaimana yang dilaporkan sebelum ini, untuk membendung wabak pandemik di Malaysia (to slow down the spread), aktiviti kawalan dan pencegahan yang sedia-ada akan diteruskan melalui langkah-langkah pencegahan dan mitigasi. Langkah pencegahan dan mitigasi ini perlu diambil bagi memastikan kes-kes yang berisiko dikenal pasti dan diambil tindakan awal untuk mengelakkan komplikasi. Orang ramai adalah diminta untuk sama-sama mengambil bahagian dalam menangani pandemik ini.


Aktiviti-aktiviti yang sedia ada akan dikaji dari masa ke semasa untuk memastikan pelaksanaan aktiviti kawalan dan pencegahan yang cekap dan berkesan agar penularan kes di Malaysia dapat dikurangkan ke tahap yang minima.

Apa itu Fasa Mitigasi (Peredaan)


Aktiviti mitigasi adalah tindakan membendung wabak pandemik H1N1 di Malaysia dengan memperkukuhkan langkah-langkah pencegahan dan kawalan seperti mengamalkan kebersihan diri, kerap mencuci tangan dan mengamalkan adab batuk yang sesuai.

Strategi utama fasa ini adalah untuk mengurangkan kesengsaraan dan kematian akibat penyakit ini, melambatkan jangkitan penyakit dan mengurangkan kesan terhadap gangguan perkhidmatan utama.

Siapakah yang berisiko tinggi akibat jangkitan Influenza A (H1N1)?
- Kanak-kanak berusia kurang 5 tahun
- Individu berusia 65 tahun dan ke atas
- Kanak-kanak dan remaja (<>

Masyarakat perlu mengetahui cara virus ini merebak.



  • Influenza A (H1N1) virus berjangkit dari manusia kepada manusia melalui titisan cecair, (yang dikeluarkan semasa bercakap, batuk atau bersin).


  • Mana-mana individu yang berhubung rapat (lebih kurang 1 meter) dengan individu yang mengalami gejala selesema (demam, bersin, batuk, hidung berair, menggigil, sakit sendi dan lain-lain adalah berisiko untuk mendapat jangkitan penyakit akibat dari titisan cecair.


  • Oleh itu, masyarakat perlu mengambil langkah pencegahan berikut:

- Amalkan kebersihan diri dan adab batuk yang betul
- Amalkan kawalan jangkitan sama ada di rumah, tempat kerja atau pengangkutan awam
- Peranan penutup mulut dan hidung (mask) dalam masyarakat
Tiada bukti kukuh mengenai keberkesanan memakai mask di tempat awam. Namun, ia telah digunakan dalam ruang yang sesak/tertutup apabila berhubung dengan individu yang mengalami gejala selesema




  • Individu boleh memakai penutup mulut dan hidung (surgical mask) di rumah dan di kalangan masyarakat, terutamanya jika mereka berhubung rapat dengan individu yang mengalami gejala influenza, contohnya semasa menjaga ahli keluarga yang sakit.


  • Penggunaan mask membolehkan individu yang mengalami gejala influenza untuk menutup mulut dan hidung mereka bagi menghalang titisan cecair dari tersebar, salah satu kaedah adab batuk yang betul/baik.


  • Surgical mask juga disyorkan kepada golongan yang berisiko tinggi apabila berada di kawasan yang sesak.


- Pesakit dinasihatkan untuk tinggal di rumah, elakkan berhubung rapat dengan ahli keluarga yang lain serta mengambil langkah kawalan dan pencegahan dari menjangkiti mereka yang menjaga pesakit.
- Sekiranya gejala influenza semakin teruk, pesakit hendaklah SEGERA mendapatkan rawatan di hospital.
- Sekiranya individu yang tergolong dalam kumpulan yang berisiko tinggi mengalami gejala influenza, segera dapatkan rawatan awal
- Elakkan berada di kawasan sesak dan seboleh-bolehnya tangguhkan/ batalkan / kurangkan menghadiri majlis keramaian
- Dapatkan maklumat terkini mengenai situasi semasa dari sumber yang boleh dipercayai seperti Kementerian Kesihatan Malaysia dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)




Diri Kita Tanggungjawab Kita

http://www.badanlangsing.com/

Dapatkan herba-herba untuk kesihatan wanita dan lelaki di sini
[ ... ]

Tuesday, September 1, 2009

Jelitayu Nutri Diet

Jelitayu Nutri Diet-sesuai utk 60kg ke atas.Turun intensif.








Maklumat Produk



Produk Tambahan ~amat membantu mempercepatkan proses penurunan

- untuk individu yang 60Kg ke atas dan bertekad untuk menurunkan berat badan secara intensif.

- untuk bulan pertama, untuk individu yang bertekad menurunkan berat badan secara mendadak, maka disyorkan gantikan sarapan pagi dan makan malam dengan JelitAyu Nutri Diet. Tengahari makan seperti biasa. Selepas dapat kesan, maka pemakanan sihat boleh dikembalikan seperti biasa.

-harus diguna bersama dengan JelitAyu Lipo-T (Enhanced formula) atau JelitAyu All-Cleanse Vita Drink


- Membekalkan khasiat yang diperlukan untuk membentuk tisu dan otot badan

-Mencantikan bentuk badan dan kulit dalam tempoh masa pelangsingan supaya tidak kedut, kering, menondel dan gelap

-Mengenyangkan dan mengawal selera makan, boleh dijadikan diet meal atau makanan gantian

-Mengurangkan letih, lesu dan memastikan penurunana berat badan yang baik

-Mempercepatkan kesan JelitAyu Lipo-T (Enhanced formula)


Cara penggunaan: Bancuhkan 2-3 sudu produk ini dengan air masak suhu bilik. Minum 2 gelas setengah jam sebelum sarapan dan makan malam. Untuk penurunan berat badan yang ketara, gantikan sarapan pagi dan makan malam dengan 2 gelas Nutri Diet. Boleh diminum bila-bila masa sahaja apabila berasa lapar.


Harga: RM62.00





Boleh hubungi http://www.badanlangsing.com/ atau email ke fied@badanlangsing.com untuk maklumat lanjut mengenai produk





****************************************





Diri Kita Tanggungjawab Kita

http://www.badanlangsing.com/

Dapatkan herba-herba untuk kesihatan wanita dan lelaki di sini
[ ... ]

Pengambilan SIY dalam bulan Ramadhan

Penjualan SIY memang sangat laju terutama dalam bulan puasa ni. Ramai sangat yang bertanya pasal produk ni. Kebanyakannya yang mencuba produk ni sudah dapat menampakkan hasil dan telah meneruskan pengambilan produk. Fied tumpang rasa gembira kepada yang berjaya dan berharap agar semua dapat mencapai apa yang dihajatkan.

Ramai yang bertanya Fied tentang pengambilan SIY dalam bulan puasa ni. Sebab pengambilan
jus SIY akan membuat kita berasa dahaga, dicadangkan pengambilan SIY jus siang (merah) diambil selepas berbuka puasa dan jus malam (kelabu) diambil selepas makan sahur.

Yang paling penting, kena minum banyak air. Minum 2-3 liter air. Ini bagi memudahkan sistem badan mengembalikan air dalam badan.

Teruskan dengan pengambilan SIY. Fied doakan agar kita sentiasa sihat, cantik dan langsing.

Untuk keterangan lanjut mengenai produk SIY boleh layari


Sekiranya ingin membeli, boleh terus email Fied di fied@badanlangsing.com / fied91@yahoo.com.my atau layari http://www.badanlangsing.com


Diri Kita Tanggungjawab Kita

http://www.badanlangsing.com/

Dapatkan herba-herba untuk kesihatan wanita dan lelaki di sini
[ ... ]

Hati Berlemak

INI adalah satu lagi penyakit yang disebabkan oleh obesiti dan diabetes - hati berlemak. Malah remaja seawal usia 15 tahun turut berisiko mendapat penyakit berkaitan hati ini akibat kedua-dua masalah tersebut.

Menurut Perunding Gastroenterologi, Pusat Perubatan Prince Court, Dr. Ryan Ponnudurai, hati berlemak turut dikenali sebagai FLD, hepatosis steatorea atau hepatitis steatosis.

Ia merupakan satu keadaan di mana sejumlah besar membran lemak tepu berkumpul di dalam sel hati melalui proses steatosis.

Hati berlemak terbahagi kepada dua kumpulan utama iaitu hati berlemak biasa (steatosis), dan hati berlemak berkaitan dengan keradangan (steatohepatitis).

"Secara asas, penyakit ini timbul akibat pengambilan alkohol terutama di negara Barat. Namun, keadaan semakin berubah. Kini, kes berkaitan hati berlemak tanpa kehadiran alkohol (NAFLD) semakin meningkat," ujarnya.

Perubahan pada enzim hati secara abnormal yang seterusnya menyebabkan ketidakseimbangan metabolisma menjurus kepada masalah hati berlemak.


GAMBARAN sebenar keadaan hati yang mempunyai lemak yang dilihat menerusi imbasan.


Tanpa simptom yang khusus, penyakit itu lazimnya menyerang mereka yang berumur 40 tahun ke atas selain penghidap obesiti atau diabetes.

"Kebanyakan pesakit tidak menyedarinya. Disebabkan penyakit ini berkaitan dengan sindrom metabolik (diabetes, tekanan melampau serta obesiti), pemeriksaan biasa tidak mampu mengesan kehadiran lemak pada hati.

"Hanya dengan melakukan ujian ultra bunyi dan diikuti biopsi pada hati dapat mengesan kehadiran lemak," tegasnya yang turut menjelaskan tiada satu kaedah rawatan bagi penyakit ini.

Menyerang wanita hamil

Tambahnya, progres steatohepatitis mampu menyebabkan fibrosis hati dan sirosis. Akibatnya, ia meningkatkan risiko kematian terhadap penghidapnya.

Selain itu, fibrosis atau sirosis di dalam hati dihadapi oleh antara 15 hingga 50 peratus pesakit hati berlemak tanpa alkohol steatohepatitis (NASH).


DR. RYAN PONNUDURAI


Ryan menegaskan, hanya dengan menjalani cara hidup yang sihat serta mengamalkan pemakanan yang teratur mampu mengelakkan penularan penyakit itu.

Ryan turut menjelaskan, penyakit hati berlemak itu juga merupakan punca kepada gagalnya pemindahan hati dilakukan.

"Sejak lima tahun lepas, kebanyakan pakar bedah mengalami masalah dalam melakukan pemindahan hati walaupun mempunyai ramai penderma.

"Sebabnya, apabila diperiksa keadaan hati penderma, ramai antara mereka tidak menyedari mempunyai hati berlemak," ungkapnya.

Ryan berkata, penyakit itu turut menyerang wanita hamil, terutama ketika kandungan berada di peringkat trisemester akhir.

Namun jelasnya, bagi wanita hamil, ia akan hilang selepas bersalin sama seperti mereka mengalami darah tinggi dan kencing manis ketika tempoh kehamilan.

Bukan itu saja, Ryan memberitahu bahawa penurunan berat badan secara mendadak turut mengundang kepada kewujudan hati berlemak itu.

"Kerana risiko ini, mereka yang ingin mengurangkan berat badan disaran agar melakukannya secara berperingkat," tegasnya.


Sumber dari KOSMO! Online


Diri Kita Tanggungjawab Kita

http://www.badanlangsing.com

Dapatkan herba-herba untuk kesihatan wanita dan lelaki di sini
[ ... ]

Monday, August 31, 2009

Jadi Gemuk Kerana Banyak Hutang


KUALA LUMPUR - Mereka yang banyak hutang mempunyai risiko lebih tinggi untuk mengalami obesiti, demikian menurut hasil kajian dari Jerman baru-baru ini.

Kajian sekumpulan pensyarah Universiti Mainz, Jerman yang diketuai Eva Muenster itu mendapati, golongan yang banyak hutang mempunyai potensi dua kali ganda untuk gemuk berbanding mereka yang dapat menguruskan kewangan dengan berhemah.

Penemuan yang dilaporkan oleh agensi berita Reuters semalam itu menarik perhatian kepada fenomena di negara-negara Kesatuan Eropah serta Amerika Syarikat yang kini mempunyai semakin ramai rakyat yang banyak berhutang dan mendedahkan mereka kepada risiko obesiti.

Menurut kajian itu, walaupun status sosioekonomi jelas mempunyai kaitan dengan kesihatan, ia tidak pula mengaitkan seseorang dengan tabiat berhutang.

Untuk menyiasat bagaimana hutang memberi kesan kepada kesihatan, para penyelidik telah membandingkan data yang diperoleh daripada 949 orang yang menerima kaunseling akibat kes hutang kronik dengan satu kumpulan 8,318 orang lain yang dikategorikan tidak banyak hutang.

***************************************************************

ADA kajian mendapati orang yang banyak berhutang terdorong melepaskan tekanan dengan memuaskan nafsu makan sehingga menjadi gemuk. Bagaimanapun, ada pihak di Malaysia mendakwa orang kurus juga banyak hutang

***************************************************************
Petikan KOSMO Online


Petikan akhbar ini mungkin ada kebenarannya. Yang penting, kesedaran diri kita dalam memastikan diri kita sentiasa sihat.


Diri Kita Tanggungjawab Kita

http://www.badanlangsing.com

Dapatkan herba-herba untuk kesihatan wanita dan lelaki di sini
[ ... ]

Saturday, August 29, 2009

Tic Tac Toe

Selamat melayari laman blog BadanLangsing.com. Terima Kasih kerana menyokong kami.
Mari bermain Tic Tac Toe!!


[ ... ]

Sunday, August 23, 2009

Sensa Oil


Maklumat Produk

Sensaoil diadun dengan gabungan ekstrak lintah yang mengandungi hirudin, pheromone dan histamin. Formula ini juga mengandungi minyak zaitun, lada hitam dan halia. Sensaoil boleh merawat penyakit seperti sakit otot, kekejangan dan sengal-sengal badan. Ia juga berkesan dalam merawat masalah mati pucuk dan lemah tenaga batin.

Sensaoil boleh digunakan sebagai rawatan harian penjagaan zakar, diurut 2 kali sehari dengan teknik urutan Sensaoil/Sensa Cream. Teknik urutan tersebut sangat ringkas dan mudah. Apabila anda telah amalkan secara rutin, ia hanya mengambil masa 5 minit setiap sesi. Urut pada waktu pagi dan malam. Anda dinasihatkan tidak membasuh zakar selepas urutan untuk Sensaoil meresap ke dalam kulit melalui epidermis, ke saluran darah.

Jangan bimbang kerana ia didatangkan khas dengan pati minyak lavender yang harum dan mengandungi anti-septik. Lavender juga mengandungi agen penenang dan anda akan dapat merasai kehebatan Sensaoil hanya dalam beberapa saat setelah menyapunya di mana-mana bahagian kulit. Jika Sensaoil disapu pada zakar semasa berasmara, ia juga dapat mengaktifkan clitoris, di mana ia bertindak merangsang libido/ghairah seksual pasangan anda. Sensaoil perlu diamalkan selalu untuk mengelakkan masalah mati pucuk (erectile dysfunction) dan masalah ejakulasi pra-matang (pre-mature ejaculation) atau tidak tahan lama. Selain itu, Sensaoil juga dapat membantu lelaki yang inginkan saiz zakar yang panjang, besar, tegang dan keras. Anda perlu mengurut dengan menggunakan Sensaoil sekerap yang mungkin dalam masa beberapa minggu untuk melihat perubahan pada zakar.

Teknik urutan Sensaoil dan Sensa Cream :

  1. Urut dari pangkal hingga ke kepala zakar secara sehala. Tahan kulit di bahagian pangkal zakar sekiranya kulit anda berkedut atau kendur. Ulang 5 kali.
  2. Urut dari pangkal lubang dubur hingga ke pangkal buah zakar. Ulang 7 kali.
  3. Tekan di dua bahagian lubang cincin dengan dua jari perlahan-lahan. Ulang 11 kali.
  4. Urut dari celah pelipat peha menghala ke arah bahagian lutut. Ulang 21 kali.
  5. Urut dari pangkal zakar menghala ke bahagian kanan, kiri, atas dan bawah. Ulang 7 kali.
  6. Tangan kanan memegang zakar melalui bawah peha kanan, luruskan kaki sedikit demi sedikit sebanyak 7 kali. Ulang untuk kaki sebelah kiri.

Khasiat Hirudin :

  1. Mengurangkan pembentukan bekuan darah dan melancarkan aliran darah.
  2. Mampu merawat penyakit seperti sejuk tangan, sakit otot, kejang otot dan sengal-sengal badan.

Khasiat Pheromone :

  1. Pheromone merupakan hormon yang mengeluarkan bau yang mampu menarik perhatian pasangan.
  2. Dapat menyelesaikan masalah seperti hubungan kelamin (intercourse).
  3. Meningkatkan hubungan seksual dan mampu merawat mati pucuk.

Khasiat Histamin :

  1. Berfungsi membesarkan diameter saluran darah dan mencergaskan aliran darah.
  2. Dapat menyelesaikan penyakit seperti mati pucuk (erectile dysfunction), rasa dingin terhadap pasangan.
  3. Mampu merawat masalah zakar kecil, mengecut, pendek dan lemah tenaga batin.

(Berat bersih: 25ml)

Harga: RM40.00

Layari http://www.badanlangsing.com/ untuk keterangan lanjut

Diri Kita Tanggungjawab Kita

http://www.badanlangsing.com/

Dapatkan herba-herba untuk kesihatan wanita dan lelaki di sini
[ ... ]

Hari Pertama Ramadhan 1430 Hijrah

Hari pertama berpuasa dalam tahun ni Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Badan pun tak letih sangat. 1st Ramadhan jatuh hari Sabtu kira sempatlaa badan nak "practice" untuk puasa masa cuti ni. Bila dah start keje, at least nanti badan takdelaaa rasa penat sangat sebab badan dah start biasakan diri dengan puasa. Huhu
Bazar Ramadhan memang banyak yang dibuka masa bulan puasa ni. Tapi perlu beringat jugak tentang penularan virus H1N1. Sebab bazar Ramadhan ni mmg tempat yang sesak dengan orang. Sentiasa perlu mengamalkan tahap kebersihan yang tinggi agar kita kurang terdedah dengan virus ini.
Kepada yang sedang demam atau mempunyai tanda-tanda seperti batuk atau selsema perlulah menjauhkan diri dari kawasan yang sesak dengan orang ini. Ini bagi mengurangkan kebarangkalian penularan virus ini dapat dikurangkan.

Diri Kita Tanggungjawab Kita

http://www.badanlangsing.com

Dapatkan herba-herba untuk kesihatan wanita dan lelaki di sini
[ ... ]
 
Ini merupakan blog persendirian BadanLangsing.com - Segala penulisan berdasarkan pengalaman, pemerhatian, pembacaan dan pandangan peribadi penulis. Sila layari web BadanLangsing.com untuk mendapatkan produk-produk kecantikan dan kesihatan.

©2007-2009 Blog BadanLangsing.com | BadanLangsing.com