Mulakan Dengan Bismillah Dan Tetapkan Matlamat
Bismillahirrahmanirrahim
Hari ni merupakan hari pertama fied menulis dalam blog ini. Tujuan fied tulis blog ni untuk kongsi any tips atau petua untuk maintain berat badan, turunkan berat badan, nak maintain cantik atau apa-apa mengenai kesihatan diri. fied ni masih baru dalam dunia blog ni. kalau ada apa-apa komen, boleh email fied kat fied91@yahoo.com.
Masa zaman sekolah dulu fied selalu dengar ceramah motivasi pasal matlamat. Kalau difikirkan balik, sebenarnya kita ni dari kecik dah diajar untuk setkan matlamat dalam hidup kita. Cuba ingat masa kecik dulu, kita selalu ditanya mengenai cita-cita kita ataupun orang akan tanya "Besar nanti nak jadi apa?". Sebenarnya bila dah besar sikit ni baru fied sedar tentang kepentingan atau kehebatan matlamat dalam hidup kita. Setiap matlamat kita sebenarnya mampu mengubah cara pemikiran kita, cara pergaulan kita dan cara hidup kita.
Macam sekarang ni, kalau ada di antara kita nak kuruskan berat badan atau nak langsingkan badan, itu dah dikira matlamat. Bergantung kepada matlamat masing-masing. Tapi di sini apa yang nak fied tekankan, untuk memastikan matlamat tu akan memberi impak kepada hidup kita, maka perlulah kita sentiasa ingatkan matlamat kita setiap hari dari semasa ke semasa. Sebaik-baiknya matlamat kita itu perlulah ditulis. Sekiranya kita sekadar mengingatnya di dalam kepala, matlamat itu menjadi lemah. Dengan menulis matlamat itu dan membacanya setiap hari, perbuatan kita akan sentiasa mengarah kepada matlamat tersebut.
fied rasa cukup dulu untuk coretean hari ini. Mulakan hari ini dengan matlamat anda yang hebat.

Diri Kita Tanggungjawab Kita